2024年3月30日土曜日

#VIRAL - DIPUKUL, DIBUANG DARI TINGKAT 2 PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH MATI DIBUNUH PELAJAR

#VIRAL - DIPUKUL, DIBUANG DARI TINGKAT 2 PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH MATI DIBUNUH PELAJAR

@Jackie San


Amat kecoh baru-baru ini apabila seorang pelajar daripada Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah maut didakwa dibelasah beramai-ramai dalam asrama Kolej Vokasional Sabah.


Terbaharu, menerusi hantaran di platform Facebook, seorang individu telah berkongsi satu hantaran dikatakan kronologi mengenai kejadian tersebut.


MANGSA DIDAKWA DIPUKUL BERAMAI-RAMAI, DIBUANG DARI TINGKAT 2 BLOK ASRAMA LELAKI KV LAHAD DATU, SABAH


Menurut individu tersebut, mangsa dipercayai telah dipukul dan dibuang dari tingkat 2 blok asrama sebelum dibawa masuk ke bilik dorm dan dibiarkan sehingga warden membuat pemeriksaan seperti biasa.


"Dahlah pukul pelajar itu, dibuang sengaja dari tingkat 2 asrama, kemudian dibawa masuk ke bilik dorm, dipakaikan baju sekolah dan stokin konon (seperti biasa) malah dibiarkan sehingga warden datang check seperti biasa. Ini bukan kelakuan manusia normal," kongsi individu tersebut.


HASIL SIASATAN 13 PELAJAR DITAHAN BANTU SIASATAN LANJUT


Dalam pada itu memetik laporan BERNAMA, setakat ini 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata pihaknya percaya punca kejadian akibat perselisihan faham antara pelajar terbabit dengan pelajar lain yang menghuni asrama berkenaan.


Polis turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan pihak polis juga sedang menjalankan siasatan secara terperinci secara telus," jelas beliau.


" Polis turut merampas satu alat pengecas telefon pintar diperayai berkait dengan siasatan kes," tambahnya menerusi kenyataan baru-baru ini.


Sekadar info tambaha, kejadian menyayat hati tersebut berlaku difahamkan di Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah.


>>>BANYAK LAGI ARTIKEL KLIK DAN BACA DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2024/03/kolej-vokasional-lahad-datu-sabah.html


https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-dibuli-ditendang-dipaksa-cium.html


https://www.jacknjillscute.com/2021/10/masyarakat-dungun-dipanggil-konservatif.html


https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html


https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html


@Jackie San


0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

HACKSAW RIDGE OKINAWA, JAPAN (A WORLD WAR II BATTLE SITE MADE FAMOUS BY ...

  https://youtu.be/H1Xlh-Xxdqg?si=DMp3-3J_Qdm642hu >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH <<<