2025年9月7日日曜日

VIRAL - SIASATAN KES KEMATIAN ZARA QAIRINA DAN APA YANG PERLU DIKETAHUI MENURUT PDRM ?

VIRAL - SIASATAN KES KEMATIAN ZARA QAIRINA DAN APA YANG PERLU DIKETAHUI MENURUT PDRM

@Jr_Paku Midin Channel


KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar semalam mengadakan sidang media bagi memaklumkan perkembangan terkini siasatan kes kematian pelajar sebuah sekolah agama dari Sabah, Zara Qairina Mahathir.


Sidang media di diadakan di Bukit Aman, di sini, adalah berdasarkan hasil siasatan pasukan khas yang ditubuhkan khusus bagi menyiasat kes pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar itu.


1. Punca kematian awal Zara: Kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.


2. Ketidakpatuhan siasatan: Pegawai penyiasat gagal memohon bedah siasat. Tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai berkenaan dan ketua bahagiannya.


3. Persetujuan ibu mangsa: Ibu mangsa bersetuju dan memohon supaya bedah siasat tidak dibuat. Persetujuan itu direkodkan melalui dokumen rasmi bertajuk 'Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri, ditandatangani ibu mangsa, doktor patologi dan pegawai penyiasat.


4. Bedah siasat 10 Ogos: Dilakukan empat pakar patologi, mengesahkan punca kematian sama seperti dapatan awal. Kecederaan otak berpunca daripada jatuh 'The injury is sustained due to a fall'.


5. Keputusan Peguam Negara 12 Ogos: Bersetuju inkues perlu diadakan. Permohonan akan dibuat kepada koroner dalam masa terdekat. Tujuan inkues adalah bagi mendapatkan kebenaran dan jawapan terhadap persoalan punca kejadian.


6. Siasatan jenayah: Task force turut menyiasat kemungkinan elemen jenayah.


7. Penyebaran berita palsu: Polis membuka 15 kertas siasatan berkaitan penyebaran maklumat tidak sahih.


8. Tangkapan: Seorang wanita berusia 39 tahun ditahan kerana disyaki menyebarkan berita palsu.


9. Buli: Siasatan turut mengambil keterangan yang menjurus kepada unsur buli sebelum kejadian.


10. Keterangan saksi: Seramai 82 percakapan individu direkodkan, termasuk pelajar. Ada saksi dipanggil semula untuk membantu siasatan.


11. Tiada kaitan VVIP: Siasatan tidak menemui sebarang pembabitan individu berstatus VVIP.


12. Makluman kepada keluarga: Semua kecederaan dialami Zara sudah dijelaskan kepada keluarga dan peguam.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/masyarakat-dungun-dipanggil-konservatif.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/13-pelajar-mengundang-padah-akibat.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/peguam-agak-bimbang-kematian-zara.html



@Jr_Paku Midin Channel

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

VIRAL - SIASATAN KES KEMATIAN ZARA QAIRINA DAN APA YANG PERLU DIKETAHUI MENURUT PDRM ?

VIRAL - SIASATAN KES KEMATIAN ZARA QAIRINA DAN APA YANG PERLU DIKETAHUI MENURUT PDRM @Jr_Paku Midin Channel KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan ...