2020年4月4日土曜日

Heh...Stupid ' idiot ' Polis -TONG

WANITA JERIT 'IDIOT' TERHADAP POLIS SEMASA SEKATAN JALAN PKP
DIHADAPKAN KE MAHKAMAH DENGAN 2 PERTUDUHAN KES !

Rasanya semua kita tahu kejadian tempoh hari di mana seorang wanita sewenang - wenangnya menjerit dengan kata-kata yang tidak menyenangkan akibat terperangkap dalam kesesakan lalulintas akibat sekatan pihak polis yang menjalankan tugas yang diamanahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 14 April 2020.

Lanjutan dari kejadian tersebut, wanita berkenaan sudahpun kini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dengan dua (2) kes pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Halim. Walau bagaimanapun, tertuduh yang bernama TOng Poh Kim, 44 mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan dan mengherdik tindakan hakim yang menjatuhkan hukuman tersebut.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dua pertuduhan tersebut adalah menghalang penjawat awam untuk menjalankan tugas rasmi menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan juga mengeluarkan perkataan kesat iaitu tidak sopan kepada penjawat awam mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955. Tong didakwa melakukan perbuatan itu ketika sekatan jalan raya Ops COVID-19 penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Surian, Jalan Damansara-Kota Damansara pada 31 Mac, 2020 pada jam 0940 pagi.

Mengikut pertuduhan pertama (1), tertuduh di Jalan Persiaran Surian yang menghala masuk ke Pelangi Damansara didapati berkelakuan kurang sopan terhadap anggota polis bernama Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah dengan berkata 'idiot'.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Manakala pertuduhan kedua (2), wanita itu didakwa pada hari, masa dan tempat yang sama dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu polis Korporal Izuan Hasim Nor Hamzah daripada menjalankan tugas-tugas dengan fungsi jawatannya.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda RM 100 bagi kesalahan yang pertama dan hukuman kedua adalah lebih berat dengan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua (2) tahun dan denda RM 10,000 atau kedua-duanya.

Tong yang diwakili peguamnya, Datuk Suraj Singh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan. Beliau juga berbesar hati memaklumkan yang tindakan beliau adalah betul dan tidak salah.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris mencadangkan supaya tertuduh dibenarkan dengan wang jaminan RM 1,000. Bagaimanapun peguam bela tertuduh meminta mahkamah supaya meringankan hukuman berikutan tertuduh tiada pendapatan tetap.

Nurshahira membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM 1,000 untuk pertuduhan pertama dan RM 3,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei 2020 sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan kes semula sebelum penentuan nasib Tong.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/04/hehstupid-idiot-polis-tong.html

    返信削除

Featured post

JAPAN FESTIVAL'S AND YOU MUST KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN

JAPAN FESTIVAL'S AND THINGS TO KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN @Jackie San Japan's festivals are important to its culture and history....