2022年8月3日水曜日

DIBAKAR HIDUP-HIDUP REMAJA DITUDUH CURI RM 100 - TERENGGANU

DIBAKAR HIDUP-HIDUP REMAJA DITUDUH CURI RM 100 - TERENGGANU

 

@Jackie San

PETALING JAYA, SELANGOR :Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun melecur teruk dari bahagian leher sehingga belakang badannya dipercayai dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan rakannya kerana didakwa mencuri RM 100, dalam satu kejadian di Perkampungan Perasing Jaya, Jabor, Kemaman, Terengganu.

 

Kejadian itu hanya disedari keluarganya selepas mangsa pulang ke rumah dalam keadaan menanggis sambil meminta bantuan pada 0300 pagi pada 22 Julai 2022 (Jumaat).

 

Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan, berkata mangsa disyaki disimbah cecair dipercayai minyak sebelum badannya dinyalakan dengan api yang marak.

 

Jelasnya lagi, remaja lelaki itu mendakwa dibakar rakan-rakannya sebelum dikejarkan ke unit rawatan api (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

 

" Siasatan awal mendapati, badan mangsa telah dibakar oleh beberapa rakan-rakanya yang menuduhnya mencuri wang tunai bernilai RM 100.

 

" Mangsa dipercayai disimbah cecair iaitu minyak sebelum dinyalakan api menyebabkan seluruh badannya melecur," katanya menurut Kosmo.

 

Hanyan berkata, setakat ini lima individu berusia di antara 18 hingga 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

 

Beliau turut memaklumkan, polis sedang memburu beberapa suspek lain termasuk dalang utama dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/06/kugar-serang-kanak-kanak-9-tahun.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/tidak-serik-kes-buli-pelajar-di-sabah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/pelajar-sekolah-mengaku-bersalah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/rm-25-k-barang-kemas-warga-emas-disamun.html 

 


@Jackie San



2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/08/negara-gagal-membenteras-isu-mat-rempit.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/tuntutan-ke-atas-sulu-media-dilarang.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<