2019年10月4日金曜日

GRAB Hampir Bankrap, Didenda Lagi Hampir RM 90 Juta !

Syarikat Grab didenda hampir RM 90 juta



Kuala Lumpur :
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mencadangkan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab, didenda RM 86,772,943.76 kerana amalan menindas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail, berkata Grab turut dikenakan denda kewangan harian RM 15,000 bermula hari ini, sekiranya syarikat itu gagal mengambil tindakan pembetulan seperti diarahkan MyCC bagi menangani isu persaingan berkaitan.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau berkata, Grab melanggar Seksyen 10 Akta Persaingan 2010 (AP 2010) secara kolektif berikutan syarikat itu didapati menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui pengenaan beberapa klausa yang membataskan pemandunya.

Tegas beliau, Grab didapati membataskan pemandunya daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada pesaing Grab dalam perkhidmatan e-hailing dan pasaran pengiklanan media transit.

"MyCC ingin menekankan bahawa klausa-klausa itu memberikan kesan mengganggu persaingan dalam pasaran berkenaan dengan mewujudkan halangan kemasukan dan perkembangan kepada pesaing Grab sedia ada termasuk pesaing masa depan.

"Sehubungan itu, syarikat terbabit mempunyai 30 hari bekerja bermula hari ini untuk memberikan representasi pembelaan mereka kepada MyCC.

"Kemudian, MyCC akan mengeluarkan keputusan akhir di bawah Seksyen 39 atau 40 AP 2010 selepas menilai kesemua representasi serta maklumat dan bukti yang diketengahkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat MyCC di sini, hari ini.

Kata Iskandar, tempoh 30 hari diberikan kerana ia bukan keputusan akhir, sebaliknya Grab mempunyai peluang untuk mengemukakan pembelaannya dalam masa ditetapkan.

Menurutnya, isu berkaitan Grab timbul berikutan penggabungan antara Grab dan Uber pada lewat Mac 2018 sehingga Grab menjadi pemain dominan dalam pasaran e-hailing.

Sejak penggabungan itu, katanya, MyCC menerima banyak aduan terhadap Grab, namun beliau enggan mendedahkan secara khusus bentuk aduan diterima dan siapa pengadu.

"Berdasarkan aduan diterima, MyCC membuat penilaian dan memulakan penyiasatan ke atas Grab.

"Adalah penting bagi halangan-halangan kemasukan dalam pasaran (e-hailing) buat pemain baharu kekal rendah dan keupayaan pesaing-pesaing untuk berkembang dan bersaing berdasarkan pengekalan merit.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Ini bagi memastikan persaingan sentiasa sihat dalam pasaran e-hailing termasuk pasaran-pasaran lain yang berkaitan.

"MyCC berpandangan bahawa perlakuan Grab bukan saja mempunyai kesan kepada pemandu e-hailing dan pesaingnya, malah mempunyai kesan jangka panjang kepada pengguna.

Sementara itu, Iskandar berkata pihaknya merancang untuk meminda undang-undang supaya MyCC mempunyai kuasa mengawal penggabungan syarikat dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya, di Malaysia ataupun lebih khusus MyCC, tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian tetapi hanya berperanan memantau syarikat selepas penggabungan berlaku.

"Kena faham, Malaysia atau MyCC tidak ada kuasa mengawal penggabun (Syarikat). Di Singapura dan Filipina sebagai contoh, mereka ada hak dan kuasa. Maksudnya, mereka boleh menghentikan penggabungan, tetapi di negara kita ianya tidak dibenarkan.

"Sudah tiba masanya, kita ada kuasa untuk mengawal penggabungan ini. Jadi, apa-apa perubahan kepada undang-undang atau penambahbaikan undang-undang kena melalui kementerian kam (KPDNHEP). Kementerian pun sudah tahu dan ia dalam perancangan, " katanya.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

GUIDE THINGS TO DO IN OITA, JAPAN

   https://youtu.be/zfoI4a-bgZo?si=djJGxs8wb-1nV0Cn >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<