2020年3月1日日曜日

DAP Bantah Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia ?


DAP SYORKAN TUN M KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI 

Lim Guang Eng berkata, syor berkenaan telah dicadangkan dalam mesyuarat tergempat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang telah diadakan semalam.

KUALA LUMPUR:
Parti DAP mengesyorkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus kekal memimpin negara sebagai Perdana Menteri. DAP juga bantah perlantikkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng berkata, syor berkenaan telah dibentang dan mendapat sokongan penuh dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang diadakan malam kelmarin.

Pendirian DAP itu dibuat susulan berita peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada Isnin lalu dan kini Tun M adalah PM Interim.

Sementara itu, mengulas mengenai kedudukan Kabinet Malaysia, berkata perkara itu akan diputuskan oleh Peguam Negara.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kelmarin, satu mesyuarat tergempar telah berlangsung melibatkan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR bagi membincangkan mengenai kedudukan politik negara yang kucar kacir sekarang.

Menurut Guang Eng, DAP secara prinsipnya mengutuk perbuatan khianat beberapa pemimpin PH yang cuba menubuhkan sebuah kerajaan melalui pintu belakang tanpa memaklumkan kepada DAP.

Tegas beliau, usaha menubuhkan kerajaan baharu itu jelas bertentangan dengan etika dan mandate yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Mengulas mengenai pertemuannya Bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beliau sememangnya terkejut dengna keputusan Perdana Menteri untuk meletakkan jawatannya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Ini merupakan satu keputusan yang amat mengejutkan saya", katanya.

"Jika sebelum ini jelas Tun Mahathir dengan pendiriannya untuk tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain terutamanya UMNO dan telah berusaha untuk menolak UMNO sebagai sebuah kerajaan kleptokrasi sewaktu PRU14", katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/03/dap-bantah-muhyiddin-yassin-perdana.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<