2020年3月2日月曜日

Khairy Jamaluddin Tak Layak Pegang Jawatan Menteri Belia dan Sukan - Syed Saddiq

 

MAAF RAKYAT MALAYSIA - SYED SADDIQ

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal menyekat perubahan tampuk pemerintahan kerajaan. Selain itu beliau turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap lantikan Menteri yang baru.

Bagaimanapun, katanya, pelbagai usaha sehingga ke 'keringat' terakhir sudah dilaksanakan supaya mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) lalu kekal utuh.

"Saya minta maaf kerana menghampakan anda semua. Saya telah cuba, saya betul-betul cuba untuk hentikan (usaha) mereka.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Maaf Malaysia, "Katanya menerusi akaun Twitter rasminya, @SyedSaddiq, hari ini.

Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (ARMADA) semalam dilaporkan memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diketengahkan sebagai Perdana Menteri Ke-8 Malaysia.

Pendedahan itu sekali gus menafikan kenyataan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Muar berkenaan menyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Rentetan pengiktirafan disuarakan BERSATU untuk mengangkat Muhyiddin sebagai teraju pentadbiran kerajaan, beberapa kelompok politik seperti MIC, MCA, PAS dan UMNO turut memberikan dukungan yang sama.

Menaruh keyakinan mempunyai majoriti mudah, langkah menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan kemudian mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Akur pada perubahan yang berlaku, Syed Saddiq bagaimanapun mengajak golongan belia di Malaysia untuk terus bersatu menegakkan dan memperjuangkan prinsip dalam diri masing-masing.

"Apa gunanya dikelilingi kuasa, tetapi jiwanya kosong," katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/03/khairy-jamaluddin-tak-layak-pegang.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<