2020年4月28日火曜日

Gaya Ustaz Ebit Lew Tu Haram ?



JOM BAGI SOKONGAN KEPADA USTAZ EBIT LEW

Isu Tular Ustaz Ebit Lew..
yang sebelum ini menziarahi sebuah rumah usang di Alor Setar, Kedah yang telah mengundang pelbagai tomahan dan pendapat masing-masing.

Sebenarnya isu sebuah keluarga di Alor Setar, Kedah heboh diperkatakan di media sosial pada tahun 2013 dan tahun 2020 ini netizen bangkitkan dan kecohkan balik di media sosial.

Kebajikan keluarga ini sebenarnya memang dijaga baik malah bantuan turut disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Masjid Al- Irfan Derga termasuk Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga sejak tahun 2007 lagi.

Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Kedah telah menawarkan dua buah rumah di Flat Seri Gemilang, Mergong kepada keluarga terbabit, namun keluarga itu masih enggan untuk berpindah. Malah, LZNK juga turut menawarkan rumah asnaf kepada mereka sejak 12 tahun yang lalu tetapi berakhir dengan isu penolakkan daripada keluarga terbabit atas alasan tertentu.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Tapak rumah yang mereka diami sekarang ini adalah kepunyaan orang lain dan perkara ini telah menyukarkan Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk membantu dalam membina rumah di atas tapak sedia ada yang bukannya milik mereka sendiri. Hasil lawatan tapak dan juga mendapat maklum balas daripada LZNK di Alor Setar pada awal tahun ini dan telah didapati LZNK sememangnya sangat mesra asnaf dan cukup peka dengan kebajikan asnaf di Negeri Kedah.

Hakikatnya, keluarga terbabit tiada mempunyai masalah sebenarnya dan cerita yang timbul kembali sekarang ini berkaitan dengan keluarga ini dan juga isu mengaibkan pihak bertanggungjawab oleh netizen dan kepentingan politik untuk meraih undi pada masa kini. 

"YB tidak buah kerja. Pegawai JKM makan gaji buta. Mana pergi duit zakat yang dikutip LZNK ? AJK kariah masjid tidak ambil cakna ke ? Apa jiran-jiran buat, sanggup butakan mata ker?


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selain itu, isu seterusnya berkaitan Ustaz Ebit Lew yang telah dikecam oleh golongan 'Ustaz'. Kononnya Ebit Lew tidak mematuhi penjarakkan sosial ketika menyampaikan bantuan dan juga tindakan Ebit Lew yang memuatkan naik gambar semasa memberikan sumbangan serta kediaman penerima berkaitan orang miskin di media sosial adalah haram "mengaibkan mereka".


Walaupun begitu, syabas diucapkan kepada Ustaz Ebit Lew kerana memujuk keluarga terbabit untuk berpindah ke rumah sewa yang lebih selesa, lengkap dengan air dan juga keperluan elektrik serta sewa bulanan yang ditanggung sepenuhnya oleh Ebit Lew. 

Netizen telah beribu-ribu mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga di atas pengorbanan dan juga keprihatinan Ebit Lew terhadap masyarakat yang amat memerlukan ini.

Itulah keistimewaan yang ALLAH kurniakan kepada Ebit Lew, mempunyai lemah lembut tutur katanya, sopan, dan telah berjaya memujuk keluarga tersebut berpindah. Persoalannya, kejayaan Ebit Lew tiada tandingan kerana apa, kerana ramai pihak sebelum ini yang gagal berbuat sejak 12 tahun yang lepas.

Sebenarnya siapa yang lebih BUTA ???

Walaupun dikecam oleh pelbagai pihak, Ustaz Ebit Lew tidak melatah seperti sesetengah individu. Beliau yang terkenal dengan sifat lemah lembut itu terus memohon maaf kepada pihak yang kurang senang dengan kerja amalnya. Beliau tidak sedikit pun membalas kecaman terhadapnya. Begitulah akhlak yang patut kita ikuti.

Sehingga kini, tidak pernah lagi kita dengari Ustaz Ebit Lew mengecam mana-mana pihak atau memperkecilkan usaha sesiapa. Sifat Ebit Lew yang mulia itulah menyebabkan beliau mendapat jutaan sokongan bukan sahaja daripada orang Islam, malah ramai orang yang bukan Islam turut kagum dan menyokong kerja-kerja amalnya.

Jika dibandingkan dengan pendakwah-pendakwah yang lain, Ustaz Ebit Lew mempunyai auranya yang tersendiri. Beliau bukan sahaja berdakwah kepada masyarakat secara umumnya tetapi turut sanggup turun padang bersemuka dengan golongan gelandangan, pondan atau mak nyah dan transgender, juga kumpulan samseng ataupun gengster. Saya rasa belum ada lagi pendakwah atau pakar motivasi lain yang boleh berbuat demikian jika dibandingkan dengan Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Ebit Lew bukanlah sekaya jutawan kosmetik kita yang wang ringgitnya menimbun, kekayaan kereta mewah serta rumah besar yang tiada tandingan. Tetapi apa sumbangan yang mereka buat kepada bangsa tanahair kita!!! Hanya heboh di media sosial tetapi satu sen pun jijik dimakan oleh masyarakat yang memerlukan (kerana berkira).

Saya berharap Ustaz Ebit Lew kekal terus tabah dalam meneruskan kerja-kerja dakwah dan juga kebajikannya. Usah dihiraukan mereka yang mengkritik dan mengecam kerana mereka yang mengkritik itu lebih busuk hatinya. Terlalu ramai yang menyokong Ustaz Ebit Lew. Jangan ditakuti Ustaz.

"Jika dibandingkan dengan pendakwah - pendakwah lain, Ustaz Ebit Lew mempunyai auranya yang tersendiri, tiada tandingan."


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/04/gaya-ustaz-ebit-lew-tu-haram.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<