2020年5月8日金曜日

Permohonan Balik Kampung Sambut Hari Raya Gawai Dayak dan Keamatan - SEMASA PKP






haha...

Mesti rindukan kampung halaman bukan ???

Ada yang berangan sudah untuk menyambuat Hari Raya Aidilfitri bersama emak dan ayah di kampung, keluarga serta sahabat handai bukan itu saja kepada mereka yang ingin merayakan perayaan Gawai Dayak dan juga Keamatan di Sabah dan Sarawak apa lagi...semua rindukan kampung halaman!

Namun, benarkah sudah ada kelulusan bagi permohonan untuk balik ke kampung semasa PKP ni ?


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

PERMOHONAN UNTUK BALIK KE KAMPUNG HALAMAN

Permohonan balik ke kampung, merentas daerah, bahagian dan negeri semasa PKP.

Untuk makluman semua, permohonan untuk balik ke kampung bagi tujuan ingin beraya, menyambut hari Gawai Dayak dan Keamatan semasa PKP ni adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika anda kini berada di rumah sendiri di bandar, pekan, daerah atau mana sekalipun, yang berjarak 10 km dari kampung halaman, anda tidak dibenarkan untuk balik ke kampung anda.

Namun ianya tertakluk kepada pengumuman terbaru kelak.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

PERMOHONAN RENTAS NEGERI, BAHAGIAN, DAERAH DAN BALIK BANDAR SEMASA PKP

Permohonan untuk balik ke bandar dan rentas negeri semasa tempoh PKP ini adalah dibenarkan.

Sebagai Contoh rentas negeri seperti berikut:

   a). Dari Kedah, nak balik ke Selangor
   b). Dari Perlis, nak balik ke Kelantan
   c). Dari Johor, nak balik semula ke Kuala Lumpur
   d). Dari Melaka, mahu pulang ke Pahang

Bagi sesiapa sahaja yang terkandas dan terperangkap di kampung halaman sejak PKP dilaksanakan, iaitu bermula pada 18 Mac 2020, anda kini dibenarkan untuk balik semula ke rumah anda di bandar.

Walau bagaimanapun, anda perlulah untuk membuat permohonan dan pendaftaran terlebih dahulu dengan menggunakan aplikasi Gerak Malaysia.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

BALIK KAMPUNG BAGI PELAJAR

Menurut Astro Awani, Pelajar-Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), Politeknik serta Kolej Komuniti yang terkandas semasa PKP dan masih berada di kampus telah dibenarkan untuk pulang ke kampung masing-masing bermula pada 27 April 2020.

TARIKH PERJALANAN PULANG

Perjalanan untuk permohonan balik kampung semasa PKP bagi pelajar ini bermula pada 27 April 2020 secara berperingkat.

Ini bermakna, pada 27 April 2020, perjalanan membawa pulang pelajar ke kampung bukan dibuat serentak.

Perjalanan ini juga hanya dilakukan bagi lokasi kediaman/kampung pelajar adalah di Zon Hijau sahaja. Ia bermakna bagi pelajar yang kampungnya berada di Zon Merah, mereka masih dikehendaki untuk berada atau tinggal di kampus terlebih dahulu sehinggalah perubahan atau pengumuman berikutnya.

WAKTU PERJALANAN BALIK

Harus diingat, waktu perjalanan yang dibenarkan adalah dari jam 9.00 malam hingga 0900 pagi sahaja. Ini adalah bagi memastikan perjalanan adalah terkawal.

SARINGAN CORONAVIRUS COVID-19

Semua pelajar yang terlibat untuk pergerakan balik ke kampung halaman hendaklah menjalani saringan gejala sebelum mereka menaiki bas ke destinasi masing-masing.

Pelajar akan dibekalkan dengan topeng muka.

Ibu-bapa juga tidak perlu risau jika anak mereka berpuasa. Perjalanan balik ke kampung semasa PKP akan dibekalkan dengan makanan dan minuman.

Pelajar juga digalakkan untuk membawa makanan dan minuman sendiri.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

KETIBAAN PELAJAR DI DESTINASI KAMPUNG HALAMAN

Semua pelajar yang terlibat akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah atau Pejabat Daerah yang terdekat dengan rumah mereka.

Selepas itu, anggota agensi kerajaan yang telah ditugaskan akan menghantar pelajar ke rumah masing-masing.

Ini bermakna, ibu-bapa yang risau akan keadaan anak-anak mereka tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya perlu tunggu pelajar selamat sampai ke depan pintu rumah mereka.

Adalah dinasihatkan agar semua ibu-bapa untuk tetap tinggal di rumah dan tidak perlu memohon untuk merentas negeri melalu app Gerak Malaysia.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

GUNA KERETA SENDIRI, TIDAK NAIK KENDERAAN YANG DISEDIAKAN

Permohonan untuk balik ke kampung menggunakan kenderaan sendiri semasa PKP ini tidak untuk pelajar menggunakan pengangkutan yang disediakan kerajaan dan IPTA/IPTS atau Institusi lain.

Bagi mana-mana pelajar yang memiliki kenderaan sendiri, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan dari pihak IPT dan balai polis berhampiran.

Ini adalah dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan hanya seorang pelajar sahaja yang dibenarkan untuk berada di dalam sesebuah kenderaan.

Walaupun ada beberapa pelajar tinggal di kampung yang sama, mereka tidak dibenarkan untuk menaikki kereta secara beramai-ramai.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

PENGGUNAAN KAPAL TERBANG BAGI PELAJAR SABAH DAN SARAWAK

Bagi pelajar dari Negeri Sabah dan juga Negeri Sarawak yang rindukan kampung halaman, anda tidak perlu untuk bimbang.

Kerajaan telah menyediakan penerbangan pulang kepada pelajar-pelajar yang berhasrat untuk pulang ke Sabah dan juga Sarawak.

Sama seperti pelajar dari Semenanjung Malaysia, pelajar hanya akan dibenarkan pulang ke kampung halaman yang lokasinya diisytiharkan Zon Hijau sahaja.

Pelajar - pelajar ini akan diterbangkan ke lapangan terbang yang paling hampir dengan kampung mereka.

Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh untuk terus pulang ke rumah. Pelajar mesti menjalani perintah kuarantin wajib selama 14 hari di Hotel yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

INFOGRAFIK SOP PERGERAKAN PULANG PELAJAR IPT

Berikut adalah ringkasan dan rangkuman Standard Operating Procedure (SOP) dalam bentuk visual mengenai pergerakan balik kampung pelajar-pelajar IPT.

AKHIR KATA


Manfaatkalah kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan Malaysia yang tercinta ini.

Janganlah pula kita melanggari undang-undang kerajaan semasa dalam perjalanan balik ke kampung halaman.

Diharapkan agar perkongsian info berkenaan permohonan balik ke kampung semasa PKP ini bakal memberikan kelegaan kepada pelajar kita, ibu-bapa, keluarga serta mereka yang rindukan keluarga di kampung.

Alhamdulillah inilah Limpah Kesihatan Semua dan Rezeki yang telah dianugerahkan daripada Allah SWT kepada kita semua untuk berbakti di waktu wabak COVID-19 melanda dunia.

Semoga semuanya sihat senantiasa. 
Salam Ramadhan, Salam Aidilfitri.

Aamin


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



@ Jackie San






1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/permohonan-balik-kampung-sambut-hari.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<