2020年8月20日木曜日

VIRAL " KLUSTER ALAM COVID-19 BARU DIKESAN DI BINTULU, SARAWAK "

Kluster COVID-19 baru dikesan di Bintulu Sarawak


Satu kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Alam telah diisytiharkan wujud di Bintulu Sarawak. Setelah empat (4) daripada kru kapal yang berlabuh di Pelabuhan Bintulu disahkan Positif COVID-19.


Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) hari ini, kapal tangki minyak yang berdaftar di Pelabuhan Klang itu mempunyai sejarah pelayaran ke Pelabuhan Toyama Shinko, Jepun dari 27 Julai 2020 hingga 01 Ogos 2020, sebelum ianya singgah di Pelabuhan Labuan pada 10 Ogos 2020 yang lalu.


"Semasa dalam perjalanan ke Perairan Bintulu, kapten kapal telah memaklumkan kepada ejen kapal berkenaan terdapat dua (2) anak kapal yang sakit dan memerlukan rawatan hospital.


"Siasatan awal menunjukkan kluster ini berpunca daripada jangkitan luar negara iaitu kemungkinan ianya dibawa oleh kru yang sign on (mendaftar) ke atas kapal semasa ianya singgah di pelabuhan antarabangsa.


Siasatan lanjut ke atas kluster ini masih lagi dilakukan dan pengesanan serta saringan ke atas semua kontak rapat sedang giat dijalankan," katanya.


Menurut JPBN, Kluster Pasar Stutong hari ini telah diisytiharkan tamat setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari selepas terakhir ianya dilaporkan.


Selain Kluster Alam, Bintulu Sarawak yang baru sahaja diisytiharkan itu, Kluster lain yang masih aktif di negeri ini terdiri daripada Kluster Syarikat Kejuruteraan, Kluster Mambong, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching dan akhir sekali Kluster Pasar Satok, Kuching.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-kluster-alam-covid-19-baru.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<