2020年10月21日水曜日

VIRAL " SUAMI DAN ISTERINYA SANGGUP PALSUKAN KEMATIAN DEMI PEROLEH PENCEN PERKESO "



PALSUKAN KEMATIAN DEMI PEROLEH PENCEN PERKESO !


KUCHING : Perbuatan seorang isteri dengan memalsukan dokumen berkaitan kematian suaminya dengan harapan menerima kelulusan pencen atas kematian suaminya daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini membawa padah apabila beliau dan suaminya didakwa atas 15 pertuduhan akibat menipu di Mahkamah Majistret di Kuching.


Hamidah Binti Talaha, 45 tahun serta suaminya Mansor Bin Idris, 46 tahun, mengaku bersalah apabila kesemua pertuduhan mereka di baca iaitu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan tiga (3) Majistret berasingan.


Mengikut kesemua - semua pertuduhan, suami isteri tersebut yang bekerja sebagai buruh dan suri rumah tangga tersebut telah didakwa melakukan penipuan dan pengadu lelaki iaiatu seorang pegawai eksekutif yang bekerja di PERKESO dengan kaedah memperdayakan serta mendorongnya untuk menyerahkan wang sejumlah RM 26,019.40 secara berperingkat - peringkat iaitu mulai 09 Ogos 2019 sehingga 01 Oktober 2020, di pejabat PERKESO di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak.


Bayaran tuntutan ke atas faedah pencen penakat (iaitu pencen atas kematian) diberi kepada suri rumah selaku isterinya melalui pindahan ke akaun banknya selepas beliau (isterinya) menyerahkan sijil kematian suaminya (Mansor) yang dikatakan telah meninggal dunia pada awal tahun 2019.


Mengikut keterangan ke atas kes tersebut, Hamidah telah menerima sejumlah RM 7,071.02 pada ogos 2019 manakala pada bulan berikutnya sehinggalah ke 01 Oktober 2020, beliau telah menerima sejumlah RM 1,354.17 setiap bulan.


Dimaklumkan juga, pengadu mengetahui dia telah ditipu pada 15 Oktober 2020 hasil daripada salah seorang pekerja Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang juga kenalan rapat tertuduh (Mansor) yang telah memaklumkan bahawa tertuduh yang tinggal sekampung dengannya dan masih hidup.


Justeru kejadian tersebut, pihak PERKESO telah membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapati pihak JPN telah mengesahkan sijil kematian atas nama tertuduh (Mansor) dan disahkan tiada sebab kematian dipaparkan.


Pengadu bagaimanapun meraasakan tertuduh telah memalsukan sijil kematiannya dan seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


Difahamkan juga, pasangan tersebut melakukan penipuan ini akibat desakan kesempitan wang dan hutang dengan sebuah syarikat pinjaman wang berlesen.


Dalam pada itu juga, Majistret Mohd Syukri Mokhtar dan Majistret Zaiton Anuar masing - masing telah menetapkan 03 November 2020 untuk menjatuhkan hukuman memandangkan pihak penjara mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketat dan kini belum menerima sebarang banduan dalam langkah mengawal pandemik Wabak COVID-19.


Sementara itu juga, Pendaftar Mahkamah Morni Litar Mokhtar yang menggantikan Majistret Zubaidah Binti Sharkawi telah menetapkan kes disebut semula pada 22 Oktober 2020 (Khamis).


Kedua - dua tertuduh telah dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah RM 20,000.00 sementara menunggu sebutan kes.


Syukri juga telah menetapkan kedua - dua tertuduh harus melaporkan diri di balai polis berdekatan seminggu sekali, selain mengarahkan mereka untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah.


Pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad dan Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala kedua - dua tertuduh tidak diwakili peguam.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/10/viral-suami-dan-isterinya-sanggup.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<