2018年8月16日木曜日

INDAHNYA KOTA PONTIANAK- " Kalimantan Barat, Indonesia "

KOTA PONTIANAK
(KALIMANTAN BARAT, INDONESIA)

TARIKH: 10 HINGGA 13 OGOS 2018


Ok...

Destinasi Melancong seterusnya adalah ke Kalimantan Barat, Indonesia (Kota Pontianak).
Seram bunyi nya kan....Hahaha...Sabar

Bas Biaramas


10/08/2018 (Hari Pertama)

Secara ringkasnya akan diterangkan di sini kaedah ke Kalimantan Barat, Indonesia melalui Entri Negeri Sarawak.
a). Perjalanan menggunakan Kapal Terbang dari Kuching International Airport - Kota Pontianak.
b). Perjalanan menggunakan pengangkutan darat iaitu bas ekpress (Biaramas, Eva, Bintang Jaya, Damri).

Untuk kami, kali ini buat ke- empat kalinya ke Kota Pontianak memilih untuk menggunakan perkhidmatan Bas Biaramas dengan harga RM 60.00 sehala/ anggaran 8 jam masa perjalanan. emmmmmmmmmmmmmmmmm..

Bas Biaramas bertolak dari Kuching Sentral ( 0730 pagi ) dan berhenti di Terminal Bas Serian mengambil penumpang. Selepas itu meneruskan perjalanan ke PLBN  Entikong bagi urusan imigresen serta declare barang. Haha...Untuk diceritakan kat sini, hanya lebih kurang 4 orang warga Malaysia/penumpang manakala selainnya adalah warga Indonesia. Jadi....meriahlah sikit bas ni dengan loghat Indonesia nya...huhu

Di PLBN Entikong (Pos Lintas Batas Negara) - di sini agak lama kerana kebanyakan barang serta warga Indonesia yang menaikki bas bersama kami perlu declare barang yang dibawa balik termasuk mereka perlu membayar bagi barang yang dikenakan tax (Indonesia).

Yang peliknya, sempadan Malaysia mereka selamat, tetapi sempadan Indonesia (Negara mereka sendiri) dikenakan tax dan jika tidak membayar, barang akan dirampas. Pelik sungguh!!!

Gambar di belakang tu, warga Indonesia kena declare barang dan kotak besar tu banyak barang dirampas dan di tax


Sangkut kat sempadan PLBN Entikong ni lebih kurang 1 jam 30 minit kot...lame gila...

Dah selesai, maka perjalanan diteruskan. Lebih kurang jam 1 petang, bas berhenti untuk makan tengahari di Roda Minang. Kedai makan ni memang strategik kot sebab kebanyakan bas ekpress dari Kuching, Sarawak - Kota Pontianak atau sebaliknya akan berhenti di sini. Dekat kedai makan ni yang menariknya - tempat makan untuk pengunjung akan diasingkan dengan Pak Supir (Pemandu) mungkin ada imbuhan kot kepada pemandu ataupun disebabkan pemandu memberikan pelanggan kepada kedai makan ni, maka mereka makan di tempat selesa la konon nya. 

Perjalanan diteruskan pada jam 2 petang. Oh nak kongsikan sedikit berkenaan keadaan jalan raya dari PLBN Entikong - Kota Pontianak ni. Perjalanan yang berbukit bukau, laluan sempit, kiri dan kanan kebanyakannya hutan, dan hanya melalui perkampungan/kediaman sedikit berbanding hutan, setiap kali bas melalui jalan bercorner maka, pemandu akan membunyikan hon menandakan sila berhati2x ataupun ada kenderaan sedang melalui jalan tersebut.

Lebih kurang jam 4.30 petang, maka, sampailah kami ke destinasi Pelancongan iaitu Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Dengan menggunakan van, perjalanan dari Terminal Bas Sei Ambangan, Kalimantan Barat, Indonesia menuju ke Pusat Bandar (Hotel). Hotel yang dipilih walk-in adalah Garuda Hotel (Rp 260,000/malam/sarapan). Itupun harga promosi.

Garuda Hotel, Kota Pontianak

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Selepas check-in bilik, rehat sebentar dan diteruskan untuk jalan2x ke Kota Pontianak. Haha kepenatan ni, lapar pulak tu...
Ramayana, Mall Pontianak menjadi destinasi jalan2x seterusnya. Dekat Ramayana Mall tidak jauh dari Garuda Hotel -KFC menjadi kegemaran ku. Tetapi menu yang ditawarkan amat berbeza dengan menu KFC di Malaysia bukan itu saja, malah harga pun lebih mahey!!!

Ramayana Mall, Kota Pontianak



Bayangkan tiada menu untuk Zinger Burger, Snack Plate r...plate2x gitu... yang ada burger ayam, menu untuk 2 ketul ayam beserta air dll pelik sungguh!!!
Dipendekkan cerita ya, KFC (burger +Marinda Strawberry) RM 9.00.. lapar lagi dongggg...

Sebelum ni telah membeli simkard dengan Rp50,000 lagi masih berbaki semasa trip ke Surabaya (Bromo) aritu. Jadi plan untuk mengguna pakai simkard yang sama untuk destinasi seterusnya. Rupanya simkard tersebut telah disekat dan difahamkan pelancong luar ke Indonesia tidak dibenarkan lagi untuk membeli dan memilikki simkard mereka. Dengan alasan banyak kes telah berlaku. Susahla..

Trip kali ni amat membebankan. Setiap kali nak menggunakan perkhidmatan Grabcar ataupun abang Gojek, kami terpaksa melayari apps Grabcar/Gojek depan KFC (Sebab ada wifi free)....menyusahkan betul...

Untuk hari pertama ni, destinasi di Kota Pontianak yang sempat dilawati adalah - Ramayana Mall, Matahari Mall dan Taman Alun2x. Perjalanan dari Garuda Hotel menggunakan Grabcar dan balik semula ke hotel.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com

Pusat Ole Ole Kota Pontianak

St. Joseph Cathedral Church

11/08/2018 (Hari Kedua)

Hari kedua ni, destinasi jalan2x diteruskan dengan menggunakan perkhidmatan Abang Gojek (Motosikal). Lebih murah berbanding Grabcar dan Taxi. 

Dari Garuda Hotel - Tugu Khatulistiwa (Rp 12,000) dan meminta abg Gojek menunggu untuk meneruskan destinasi yang seterusnya (bagi duit lebih) on.....
Tugu Khatulistiwa
Selepas sesi bergambar di Tugu Khatulistiwa, taman ni nak masuk kenderaan dikenakan Rp2,000 jer xla mahal untuk Gojek/motosikal. Ianya ditanggung oleh pelanggan. OK!
Diteruskan berjalan kaki ke waterfront Tugu Khatulistiwa yang xla begitu menarik just snap2x pic dah la. Tapi ramai jugak warga Indonesia ni yang lepak untuk beriadah bersama teman dan keluarga di sini dan ada jugak abang2x yang memancing. 

Waterfront Tugu Khatulistiwa

Dah selesai Tugu Khatulistiwa, perjalanan diteruskan dari Tugu Khatulistiwa ke Istana Kadariah. Berikutan Bendahara Istana ni meninggal dunia (Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada keluarganya) maka, untuk masuk ke Istana tidak dibenarkan kepada pengunjung. Ok, kita hormati mereka. Sempatlah bergambar dan posing2x di depan Istana Khadariah.

Istana Kadariah
Selepas itu, diteruskan pulak ke Taman Alun-Alun, Kota Pontianak sebab malam ni menarik sikit dengan persembahan alun2x dari air pancut dan juga kami plan nak menaikki bot pusing2x melihat pemandangan Kota Pontianak.

Secara purata dengan menggunakan perkhidmatan Abang Gojek dari Garuda Hotel ke 3 lokasi menarik tu lebih kurang kosnya Rp 42,000 sahaja. Sebenarnya kos hanyalah Rp 32,000 dan kita berikan sedikit saguhati lagipun murah berbanding Grabcar. Syukur dan Terima Kasih kepada Abang Gojek.

HUHU...Malam ni pulak kita makan di KFC, Matahari Mall. Rupanya penuh dan warga Indonesia yang menjamu selera di KFC tersebut tengah bersorak...Nak tau apa??? Final Bola Sepak Rupanya!!!!dan Akhirnya Indonesia Team Menang pulak tu mengalahkan Thailand. 

Taman Alun-Alun

Persembahan Air Pancut Bermuzik

Menaikki Bot di persisir sungai Kota Pontianak- Rp 15,000/orang
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


12/08/2018 (Hari Ketiga)

Hari ketiga pulak, seawal jam 10 pagi selepas sarapan rancangan hari ini adalah untuk ke destinasi Rumah Radakng, Tugu Digulis, Tugu Pontianak, Ayani Hyper Mall dan balik semula ke Garuda Hotel sebelum berangkat balik ke Kuching Sarawak.

Dengan menggunakan perkhidmatan Abang Gojek hehe, perjalanan dari Garuda Hotel ke Rumah Radakng lebih kurang 15 minit (masuk Rumah Radakng motosikal dikenakan Rp 2,000). Rumah ni amat besar, boleh menaikki tangga belian ataupun jika takut boleh menaikki tangga biasa. Di bahagian atas tiada apa yang menarik kerana hanya tempat anak2x muda dating ataupun santai.


Rumah Radakng, Tangga Kayu Belian


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
Selepas itu, bergerak ke Ayani Hyper Mall sempat menonton wayang di XXI, Ayani Cinema mahal do...tiket wayang dekat sini lebih kurang RM 20.00/orang Rp 60,000, Marinda Strawberry + Popcorn (Rp 45,000). Kami sempat menonton wayang cerita 'The Meg' ala cerita ikan besar tu ba....'Jerung' -  di samping melalui Tugu Pontianak.

Tugu Pontianak

Ayani Hyper Mall

Ayam Bakar, Foodcourt Ayani Hyper Mall
Dengan meletakkan luggage di Front Office, Hotel Garuda menyenangkan perjalanan kami. 

Sebelah petangnya lebih kurang jam 6 petang, bergerak ke Terminal Bas Antar Negara- Sei Ambawang, Indonesia dengan pengangkutan Grabcar dari Garuda Hotel.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Depan Terminal Bas

Alhamdulillah, selesai sudah Entri destinasi Melancong jalan2x ke Kota Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia buat kali ini. Diharap agar ianya boleh membantu tuan/puan untuk ke destinasi ini.
Sebenarnya, kos ke Kota Pontianak tidak lah mahal dan tidaklah murah sangat. Ianya bergantung kepada perancangan kita sebagai Pelancong Tegar, Budget atau memang mahukan kebebasan dalam berbelanja. 

Di Kota Pontianak, selain dari gambar destinasi yang sempat dikunjungi di atas, terdapat juga pantai Sengkrawang yang menarik, berikutan cuaca yang agak panas dan berjerebu lagipun sebelum ini pernah menjejak kaki ke sana, jadi saya tidak mahu pergi lagi ke pantai tersebut.

Akhir kata dari saya, Rancanglah Perjalanan Anda Agar Tidak Memudaratkan Diri Sendiri, Keluarga dan Dompet Anda.

Sekian. Wassalam.

Balai Berlepas

Deretan Bas Untuk Ke Kuching, Sarawak dari Kota Pontianak, Indonesia Terminal Bas

@Jackie San


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com



0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Create Your Own Distiny "Chemical Engineering"

  https://youtu.be/ZhXtzj0h510?si=OPj5TVIcnMcliAUz >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<