2018年9月23日日曜日

5 CARA HILANGKAN KEMARAHAN







KEMARAHAN ITU APA ?

See the source image

Sebelum kita meneruskan pembacaan topik ini, lebih baik kiranya kita rujuk coretan topik sebelum ini berkaitan "ELAKKAN STRESS"...Pemahaman dahulu untuk kaedah seterusnya diperlukan agar ianya memberikan impak semaksima yang mungkin kepada kita semua. Insya Allah.


Silalah rujuk coretan sebelum ini dengan 



CLICK >>>




Kemarahan adalah – keadaan emosi psikobiologis yang terdiri dari perasaan yang bervariasi dalam intensitas dari iritasi ringan ataupun disebabkan gangguan pada kemarahan dan kemarahan intens dan disertai dengan aktiviti proses pada neuroendokrin dan keghairahan pada sistem saraf otonom.



DENGAN KATA LAIN KEMARAHAN DISIFATKAN

a). Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak boleh dikawal

b). Marah adalah sejenis emosi semulajadi yang biasanya bersifat sesuatu perbuatan NEGATIF

c). Marah boleh bersifat dari sedikit sifat keresahan hingga bertukar menjadi ganas dan sukar dikawal.



KEMARAHAN MENYEBABKAN


a). Pernafasan meningkat sama ada cepat dan juga pendek

b). Tekanan darah seseorang meningkat

c). Degupan jantung meningkat

d). Paras hormone seseorang (noradrenalin dan adrenalina) meningkat dan menyebabkan pergerakan badan akan terasa pantas dan juga bertukar menjadi kuat

e). Ketegangan pada otot akan berlaku

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


PENYEBAB KEMARAHAN


§ Ditipu

§ Dipanggil dengan gelaran yang tidak disukai/diaibkan

§ Hilang upaya untuk mengawal kemarahan

§ Tertekan 

§ Tuntutan kemarahan diluar kemampuan diri

§ Dicederakan

§ Stress


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


KESAN KEMARAHAN 


Kemarahan juga boleh membahayakan diri sendiri. Marah lebih mendorong seseorang untuk bertindak menjadi ganas dan seterusnya mengikut gerak dan kehendak hati semata-mata dan ianya akan menjurus menyebabkan berlakunya kecederaan kepada orang lain, keluarga mahupun diri sendiri. Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang pelbagai masalah terutama sekali yang berkaitan dengan jalinan perhubungan dengan keluarga, rakan kerja serta persekitaran. Seseorang yang tidak dapat meluahkan perasaan kemarahannya secara terbuka akan mengakibatkan dirinya menjadi:-

v  Suka Mengkritik

v  Bersifat Ganas

v  Beremosi

v  Menyendiri

v  Bersifat Negatif

v  Suka Mengejek/Suka Menyindir

v  Bercakap Seorang Diri

v  Prestasi Menurun




PERLU KAWAL PERASAAN


Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Di kala menghadapi tekanan perasaan, ancaman, sifat kemarahan akan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk melawan dan juga mempertahankan dirinya. Oleh yang demikian perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi kebaikan diri sendiri.

Undang-undang dan juga etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan seseorang meluahkan perasaan marah. Malah jika mengingkari ketetapan berkenaan akan mengakibatkan seseorang melanggar undang-undang dan boleh menyebabkan seseorang itu tersisih dari masyarakat. Apabila perasaan marah tidak teratur dan tidak diuruskan dengan sewajarnya, seseorang boleh mengalami kelukaan secara fizikalnya dan juga emosi mengakibatkan tindak balas kepada orang lain, sekiranya keadaan berlaku suasana perasaan marah yang tidak terkawal.


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


DAPATKAN PERTOLONGAN


Ø   Ahli Keluarga

Ø   Isteri /  Suami

Ø   Kaunselor

Ø   Guru

Ø   Pakar Psikologi

Ø   Ustaz / Ustazah

Ø   Kawan



CARA BERKESAN KAWAL EMOSI KEMARAHAN



# LANGKAH 1: BANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Cara mudah untuk melegakan kemarahan kita adalah dengan ingat kepada Tuhan dan perbanyakkan lah Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Ini adalah kaedah termudah untuk melegakan kemarahan. Insya Allah emosi marah dan juga tekanan akan cepat reda.



# LANGKAH 2: BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Perbanyakkan meminum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air sekurang-kurangnya 2- 3 liter sehari (dewasa) 1-1/2 liter air (remaja), sebolehnya capailah jumlah angka ini dalam kehidupan seharian kita.  Meminum air kosong adalah cara mudah bagi menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air. Setiap perbuatan kita hendaklah dimulai dengan bacaan “Bismillahirrahmanirrahim”. Insya Allah legalah perasaan itu dan ianya Insya Allah diberkati.




# LANGKAH 3: BERMAIN DENGAN HAIWAN KESAYANGAN

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Cara mudah yang selalu saya amalkan adalah bermain dengan kucing ataupun ikan peliharaan. Setiap kali saya balik dari kelas, kerja mahupun jika diri terasa tertekan, saya akan mencari kucing saya. Dan setiap kali saya pulang ke rumah kakak, masuk sahaja pintu rumahnya, perkara pertama yang saya lakukan adalah mendampingi aquarium ikan. Seterusnya bercakap dengan ikan dan mulalah memberi ikan peliharaan itu makanan. Alhamdulillah dengan bermain dan bermanja dengan haiwan peliharaan dapat mengurangkan stress, tekanan, kemarahan dan kelegaan dirasai.




# LANGKAH 4: MENGGUNAKAN PEWANGI KEGEMARAN SETIAP HARI

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Wangian tubuh dan kawasan persekitaran akan membawa emosi kemarahan menjadi stabil kembali manakala keadaan yang busuk dan tidak menyenangkan pula mengakibatkan seseorang itu cepat agresif dan mudah marah. Pewangi sebenarnya dapat merangsang diri seseorang untuk lebih berkedaan tenang dan juga bijaksana. Kerana apa, kebijaksanaan untuk mengawal emosi, akal fikiran positif mahupun negatifnya.




# LANGKAH 5: SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sekiranya 4 Langkah di atas masih gagal untuk mengawal emosi kemarahan, maka amatlah disyorkan untuk ambillah wuduk, lakukan solat dan seterusnya membaca Al-Quran. Sebab dengan mengingati Tuhan Insya Allah akan memberikan pertolongan kepada diri. Hanya Tuhan yang memberkati setiap perkara yang kita lakukan. Kepada Tuhanlah Kita Akan Kembali Kelak. 




KESIMPULANNYA


Kemarahan itu datang bukan diminta tetapi di atas tekanan yang dihadapi dalam menempuh kehidupan kita seharian menjadikan hidup tidak tenteram, emosi terganggu, hilang pedoman serta mudah diserang penyakit. Cara mudah untuk meredakan kemarahan adalah mengingati Tuhan Pencipta Kita. Tidak kiralah perbezaan Agama, Bangsa serta Fahaman kita. Sebab semua kita diciptakan sebegini rupa dan semua agama mengajar kita erti kehidupan, tempuhi dengan keredhaan dan hiduplah dengan aman dan damai. Semua masyarakat di dunia ini cintakan kedamaian, sopan santun, hormat menghormati di kalangan masyarakat serta saling mencintai.


Diharap perkongsian coretan ini memberikan manafaat kepada kehidupan kita semua.


Silalah beri komen anda serta perkongsian tips tajuk yang sama amatlah diharapkan dan dihargai. Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan serta perkongsian komen dari anda semua.


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Terima kasih.


Wassalam.





@ Jackie San








0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

DISCOVER KAGOSHIMA WATERFONT PARK ウォーターフロントパーク)

   https://youtu.be/eUuPolFpbe8?si=9-Nnpj0-_QCQevDS >>> MORE VIDEO JUST CLICK HERE FOR WATCH <<<