2018年9月5日水曜日

14 Cara Cepat Hilangkan Sakit Kepala


CARA MUDAH HILANGKAN SAKIT KEPALA


Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
       


Sakit kepala / migrain menyebabkan pengidap tidak dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaan atau jika pelajar yang menghidapnya maka terganggulah pembelajaran mereka. Tahukah anda kesan daripada sakit kepala/migrain boleh menyebabkan seseorang itu maut? Sebenarnya sakit kepala ataupun simptom migrain sebenarnya boleh dipulihkan dengan cepat.

Di antara penyebab sakit kepala / migrain adalah:

a.             Tekanan Pekerjaan
b.             Pengecutan saluran darah ( migrain )
c.             Ketegangan dalam mata
d.             Tekanan (tension headache)
e.             Kemurungan terlampau
f.                 Kejang Otot
g.             Sakit gigi
h.             Sakit tulang rahang
i. Penyakit telinga, hidung dan juga tekak
j. Angin ahmar
k.             Kecederaan pada kepala
l. Kecederaan tengkuk / leher
m.        Jangkitan pada otak
n.             Ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor)
o.             Dadah / racun (salahguna)
p.             Tekanan Pembelajaran


OK,

Berikut disenaraikan beberapa kaedah ringkas yang boleh menghilangkan sakit kepala/migrain dengan segera.

Cubalah semoga ianya boleh membantu anda dan keluarga anda. Insya Allah.

1.            Picit Belakang Betis
Picit belakang betis pesakit lebih kurang 3 – 5 minit. Pesakit akan mula berasa lega selepas bahagian belakang betis dipicit. Ini adalah kaedah segera untuk melegakan sakit kepala/migrain.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
     
2.            Minuman Isotonik + Air Putih
Campurkan minuman isotonik dengan air putih pada kadar 1:1. Ataupun secara ringkasnya campurkan satu cawan minuman isotonik dengan 2 cawan air putih. Minum air tersebut.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
     
3.            Rendam Kaki
Tekanan darah akan turun dari kepala anda ketika pesakit merendamkan kaki dengan air suam. Selain itu, tekanan dan pergerakan jantung akan mula reda ketika pesakit sakit kepala/migrain merendamkan kaki dengan air suam.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
       
4.            Limau Kasturi
Perahkan limau kasturi di atas kepala pesakit dan ramas-ramaskan kepala/rambutnya. Picit bahagian kepala atau kawasan yang terasa sakit.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
        
5.            Ais
Ketulan ais dibalut dengan tuala/pek ais dan letakkan di bahagian kepala. Usahakan cara ini untuk beberapa minit. Insya Allah sakit kepala/migrain akan reda.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
       
6.            Urut Dengan Menggunakan Minyak Angin
Kaedah mudah dan kelegaan segera juga dengan mengurut kepala dengan menggunakan minyak angin. Caranya, lumurkan minyak angina di kepala, ramaslah atau picit-picitkan kepala, tengkuk serta di bahagian belakang telinga.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
       
7.            Buah Epal & Cuka Epal Cider
Sakit kepala dapat dilegakan dengan menggunakan kaedah ini. Keseimbangan asid dan alkali di dalam badan dapat dikurangkan dengan kaedah ini.  Caranya, letakkan 3 -4 sudu epal dalam air suam. Basahkan tuala dengan air suam yang telah dicampurkan cuka epal tadi dan letakkan di bahagian kepala yang terasa sakit.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
           
8.            Minuman Isotonik ( 100 Plus )
Minuman ini boleh melegakan sakit kepala. Kandungan gula dan tenaga yang agak tinggi, memadailah untuk minum dalam kadar yang minima (secawan) dan elakkan meminum minuman isotonik ketika perut kosong. Minumlah dalam kadaran yang melegakan sakit kepala dan jangan amalkan ianya menjadi minuman harian.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
        
9.            Memicit Kepala atau menarik rambut
Sekiranya belum berkesempatan untuk berjumpa doktor, tiada bahan perubatan atau seadanya; kaedah cepat untuk memulihkan sakit kepala adalah dengan bantuan kawan, keluarga untuk memicit kepala atau ramas rambut yang boleh melegakan segera sakit kepala/migrain.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
       
10.    Tidur
   Tidur adalah satu kaedah  yang membantu meredakan pening atau sakit kepala. Tapi perlu diingat kadar tidur yang berkualiti iaitu 8 jam sehari sahaja mampu untuk melegakan dan membantu kesihatan yang lebih terjamin. Perlu juga diingat tidur-tidur ayam boleh menyebabkan penghidap sakit kepala menjadi lebih parah. Maka cuba elakkan dari tidur sekejap dan bangun semula.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
11.    Bawang Putih
Bawang putih dirumah sebenarnya boleh dijadikan petua untuk menghilangkan sakit kepala. Caranya adalah, hiriskan nipis-nipis bawang putih dan letaklah di tepi dahi
sehingga sakit kepala lega.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
           
12.    Senaman Ringkas
Senaman dengan duduk dan luruskan kaki. Selepas itu, cuba capai ibu jari kaki dan
luruskan belakang. Insya Allah akan terasa lega.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
     
13.    Keluarkan Peluh
Cara mudah untuk kelegaan sakit kepala mudah adalah dengan melakukan riadah
 ringkas. Usahakan untuk melakukan aktiviti bermanfaat agar peluh terhasil. Insya Allah sakit kepala/ migrain akan lega.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
      
14.    Kurangkan Berfikir
Sekiranya anda selalu memikirkan masalah, ataupun teringatkan sesuatu, cuba elakkan dengan berborak bersama rakan, kongsikan sedikit masalah agar ianya dapat diringankan. Tidurlah tanpa memikirkan permasalahan tadi. Selain itu, bagi seorang Muslim, sebelum tidur perbanyakkanlah aktiviti mengingat Tuhan, berselawat ke Atas Nabi, serta mengucap 2 kalimah Syahadah sebelum tidur. Insya Allah tidur kita akan dipermudahkan dan sakit kepala lega.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
      
# Inilah sedikit sebanyak petua untuk menghilangkan sakit kepala/migrain. Diharap ianya boleh membantu anda.

      Lihat imej sumber 

Sekian. Terima kasih.


@ Jackie San





0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...