2018年9月16日日曜日

Jangan Suka Menghina Orang


Hentikan


“ CERMIN DIRI KITA

SEBELUM MELABEL “
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com

TIDAK DINAFIKAN PADA HARI INI KEIMANAN SESEORANG TIDAK MAMPU SUDAH DIUKUR HANYA PADA PANDANGAN MATA – BAK KATA PEPATAH

“ NAMPAK BERKUPIAH ELOK, NAMPAK PAKAIAN CANTIK, BAHKAN BERTUDUNG LABUH SEJUK MATA MEMANDANG “


TaPi HaKiKaTnya >>>


“mereka itu belum tentu baik dan tetapi orang yang baik sudah tentu Nampak sedemikian rupa”.


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com

MELABEL TANPA BERFIKIR

Dinamakan manusia sememangnya dianugerahkan akal fikiran. Kurniaan yang Maha Esa memberikan akal kepada kita dapat membantu seseorang dalam menentukan yang baik, membuat pilihan serta akhirnya membuat keputusan. Daripada akal, dapat menilai dan akhirnya memilih untuk berfikir sejenak atas keputusan terhadap dosa yang jelas dan sememangnya pahala realiti ternyata juga nampak kejelasannya. Maka tugas akal adalah untuk menyekat nafsu ataupun mendidik tubuh badan untuk mengawal nafsu.


          Dalam Al-Quran dan Sunnah telah termaktub setiap perintah dari Allah S.W.T. Tugas manusia adalah untuk mengkaji, membaca, meneliti dan membuat keputusan tanpa terburu-buru untuk membuat perhitungan. Kerana apa semua diberikan akal untuk berfikir sebelum bertindak.


          Berfikir sebelum mengeluarkan atau melabelkan mampu menyelamatkan seorang insan daripada melepaskan, mengeluarkan kata-kata yang boleh menyusuk seseorang/berbisa. Lidah yang tidak terjaga pasti boleh menuturkan yang indah-indah ataupun kesat. Tiada istilah mulut yang dianugerahkan itu jahat tetapi baik hati nalurinya. Mustahil jika mengupas kelapa tetapi hasilnya keluar jus tembikai!!!

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com




BUDAYA MELABEL – HENTIKANLAH  !!!

Sejak di bangku sekolah rendah lagi kita telah diserapkan dengan sistem pendidikan yang berbeza iaitu agama dan juga sekular. Setelah melalui hierarki sistem pendidikan ini, yang nampak jelas terutamanya bagi pelajar di Sekolah Agama Berasrama Penuh. Kebanyakan pelajar lulusan atau sedang bersekolah agama penuh lebih berkeyakinan dan mempunyai ego yang tinggi. Mereka lebih merasakan diri mereka lebih baik akidahnya, pegangan agamanya, serta kefahaman pendidikan agamanya berbanding dengan pelajar di sekolah biasa. Malah, kebanyakan pelajar dari sekolah berasrama agama penuh  lebih suka melabel.


Namun budaya melabel mula terhakis apabila bila dilihat dari pelajar yang bersekolah di sekolah biasa. Mereka lebih bebas dan bersikap positif.


Ciptaan berbilang bangsa, agama, etnik serta warna kulit sebagai tanda kebesaran Allah S.W.T. Dengan hubungan yang akrab tanpa ada isu perkauman mampu untuk mengikis budaya suka melabel dan dalam masa yang sama mampu menyebarkan dakwah melalui ketrampilan akhlak yang indah itu. Tidak kisahlah seseorang itu berkupiah atau tidak, bertudung atau tidak tetapi dengan keindahan akhlak serta budi Bahasa yang baik mencerminkan pekerti dan kebijaksanaan insan yang bernama manusia berpendidikan.


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com

JANGAN HINGGA SALAH LABEL

Budi pekerti yang baik, hati yang sihat, maka produknya pasti memanfaat. Perhatilah pada cermin. Gunakanlah cermin untuk melihat kekurangan diri, usah diri untuk sibuk jaga tepi kain orang sedangkan yang dikendong itu berlobang. Sebab Tuhan Maha Adil. Mungkin Esok Lusa Masa Kita.

          Ingatlah…

Hati adalah raja dalam memandu diri kita. Cerminan akhlak adalah bermula daripada hati yang bersih. Berhati – hatilah jangan sampai diri kita salah MELABEL. Tuntutlah ilmu bagi mendidik hati, menundukkan nafsu dan membersih serta mengurus iman kita.

          Ilmu dan iman mestilah seiring. Senantiasalah memohon restu, petunjuk serta solat taubat. Muhasabahlah diri kita, adakah kita telah menjadi hamba Yang Maha Esa yang senantiasa mengikut spesifikasi yang ditetapkan –Nya? Nampak di mata, dengar dan lalui, maka semua itu kita jadikan sebagai pelajaran yang dipelajari. Hentikan sikap dan sifat suka melabel kerana destinasi akhir kita belum tentu lagi SYURGA atau NERAKA?

          Semasa bermuamalat, terapkan diri untuk melihat seperti jurugambar, yang hanya memfokuskan kepada pemandangan yang cantic dan mengabaikan yang buruk. Sama-samalah kita memperbaiki diri dan usahkan menyalahkan orang lain.


INSYA – ALLAH semoga kita semua mendapat hidayah dan kehidupan kita diberkati. Aamin


 See the source image



@ Jackie San

         


0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

New Comer’s Student In Japan and Graduates Party MSc Student Fall Semester

   https://youtu.be/jnWxZqic5W0?si=jtqR1_4WfO9-oZCB >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<