2019年7月7日日曜日

11 BUAH TEMPATAN SARAWAK YANG HARUS ANDA KENALI



Negeri Sarawak memang terkenal dengan namanya yang gah bahkan negeri yang terbesar sekali di Negara Malaysia. Kewujudan Negara Malaysia hasil daripada percantuman dua kepulauan (Semenanjung Malaysia + Kepulauan Borneo). Apa yang menariknya Sarawak adalah lokasinya yang terletak di Kepulauan Borneo terasing dari Semenanjung Malaysia. Bukan sahaja Negeri Sarawak yang terasing dari Semenanjung Malaysia. Terdapat dua (2) lagi Negeri yang berada di kepulauan Borneo iaitu Negeri Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Apa yang menariknya Negeri Sarawak...

Negeri Sarawak mempunyai 12 buah Bahagian (Dalam Sarawak). Selain itu dari pecahan 12 buah Bahagian, terdapatnya 28 buah Daerah lagi.

Selain itu, saiz Negeri Sarawak ini yang lebih popular dengan Negeri Terbesar di Malaysia, jarak dari Bahagian pertama Sarawak ke Bahagian ke 12 adalah lebih kurang 1,500 kilometer perjalanan darat. Manakala jika anda ingin menggunakan perkhidmatan udara (kapal terbang) kos untuk penerbangan ke sesebuah destinasi di Sarawak agak tinggi kosnya dan melepasi angka RM 1,600.00 dua hala.

Menariknya di Negeri Sarawak yang lebih dikenali dengan Negeri Bumi Kenyalang ini, terdapatnya buah-buahan tempatan yang hanya boleh diperolehi di Negeri Sarawak mahupun negeri berdekatan iaitu Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bahkan Negara yang berdekatan iaitu Negara Brunei Darussalam.

Untuk itu, saya kongsikan maklumat untuk kita kenali 11 buah - buahan tempatan (Sarawak) yang harus anda rasai kenikmatannya jika berkesempatan berkunjung di Negeri Bumi Kenyalang ini.

11 Buahan Tempatan Sarawak

1 - Durian Isa
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Buah ini hanya boleh dijumpai di Kepulauan Borneo. Perbezaan durian isa jika dibandingkan dengan durian biasa adalah permukaan kulitnya, isi serta warnanya. Buah Durian Isa adalah bersaiz kecil jika dibandingkan dengan saiz durian biasa. Kulit Durian Isa adalah lebih halus, lebih tajam serta lebih banyak kulitnya berbanding durian biasa. Manakala warna isi Durian Isa adalah berwarna kuning emas ataupun warna merah. Rasa Durian Isa agak perit ataupun pure. 

Jika anda ingin merasai kenikmatan rasa Buah Durian Isa ini, datanglah ke Bahagian Limbang Sarawak. Lokasi Bahagian Limbang adalah jika melalui Miri (perjalanan darat) akan melepasi Negara Brunei Darussalam barulah sampai ke Bahagian Limbang. 

Kenali musim durian di Bahagian Limbang dahulu jika ingin merasai kenikmatan buah ini. Anda boleh mendapatkan Durian Isa di Pasar Tamu Limbang hanya diadakan pada hari Khamis dan Jumaat. Ataupun jika berkesempatan untuk lebih lama berada di Limbang, kunjungi Pedalaman Limbang iaitu Medamit dan seterusnya kunjungilah Stesen Penyelidikan Pertanian, Stesen Ukong. Stesen ini adalah menyediakan penyelidikan Pokok Durian Isa. 


2 - Longan Isau
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Jika anda pengemar buah longan anda perlu juga rasa buah longan isau ini. Buah longan isau amat berbeza dengan buah longan biasa. Longan biasa adalah bersaiz besar jika dibandingkan dengan Longan Isau. Manakala warnanya pula, Buah Longan Isau berwarna hijau dan agak kecil. Struktur kulit buah longan Isau mempunyai duri jika dibandingkan dengan buah longan biasa. Tetapi duri yang terdapat pada kulit buah longan isau tidaklah tajam.

Manakala, rasa buah longan isau ni pulak lebih manis, manis pekat serta biji selepas isi longan isau berwarna hitam seakan buah mata kucing.

Harga buah longan isau agak mahal jika dibandingkan dengan buah longan biasa kerana buah longan ini bukannya boleh didapati pada hari biasa tetapi ianya adalah buah hutan. Buah longan isau boleh didapati di Bahagian Kapit Sarawak dan juga di Bahagian Utara Sarawak (Miri dan Limbang).


3 - Buah Terap
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Buah terap adalah di antara buah yang dihalang dibawa masuk ke kediaman hotel jika anda Check-in. Kerana apa??? Buah terap jika anda buka ketika masak baunya amat harum dan menyebabkan seluruh kediaman hotel berbau wangi terap. haha...

Keunikan buah terap adalah, buah terap bersaiz besar seakan sama saiz dengan Buah Sukun. Struktur kulit buah terap yang berwarna hijau kekuning-kuningan ini diseliputi dengan duri-duri kecil (tidak tajam). Jika buah ini masak, kulit luarnya akan mula lembik jika dipegang dan anda boleh membukanya hanya umpama mengoyakkan kertas. Amat mudah.

Isi buah terap agak kecil di dalamnya dan mempunyai tangkai untuk menyokong isi buah terap. Isi buah amat enak manakala biji-bijiannya boleh digoreng seakan sama rasa kacang.


4 - Buah Engkabang
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Buah Engkabang adalah salah satu jenis buah yang hanya boleh didapati di Negeri Sarawak. Buah ini amat sinonim kegunaannya di bahagian pedalaman untuk dijadikan makanan oleh penduduk pedalaman Sarawak. Kebaikan pada industri buah ini adalah ianya dapat dijadikan alternatif sumber minyak kepada pengguna.

Buah Engkabang ini amat popular kepada Suku Kaum Iban di Negeri Sarawak. Kini buah engkabang telah digunakan dalam industri penyelidikan Sarawak bagi penghasilan sumber minyak kepada negeri.


5 - Tampoi
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Buah Tampoi agak popular di Negeri Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman. Buah ini bertangkai dan terdapat pelbagai jenis struktur buahnya. Manakala isi buah tampoi adalah kuning keemasan ataupun jika menjumpai warna merah. Keunikan isinya adalah, amat manis dan sekali makan terus habis kerana isinya boleh ditelan bersama biji. Maka berhati-hatilah ketika memakan buah Tampoi ini.


6 - Buah Kristal
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Buah Kristal adalah lagi sejenis buah hasil dari hutan Kepulauan Borneo terutamanya di Negeri Sarawak (hanya boleh diperolehi). Terdapat dua (2) jenis buah kristal yang membezakan pada warna kulitnya. 

Warna buah kristal adalah berwarna merah kehitaman dan juga hijau. Ramai yang mengatakan bahawa buah kristal yang berwarna hijau lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan yang berwarna merah kehitaman. Harga buah ini adalah RM 10 / kilogram. Rasa buah kristal seakan rasa buah rambutan. Hanya buah kristal isinya agak keras sedikit jika dibandingkan dengan buah rambutan.



7 - Terong Pipit
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Satu lagi keunikan yang terdapat di Negeri Bumi Kenyalang ini adalah terong pipit. Nak tahu apa itu terong pipit???

Terong pipit adalah sejenis terong yang berwarna hijau dan bersaiz agak kecil. Jika anda masih ingat yang mana Negeri Sarawak adalah pengeluar utama Terong Asam/Terong Dayak (terong yang berbentuk bulat dan besar), maka saiz terong pipit ini lebih kecil saiznya dan kecil lagi dari biji guli.

Terong pipit jika di bandar Kuching (Tamu Kubah Ria) agak sukar dijumpai jika dibandingkan jika anda berkunjung di Bahagian Limbang/ Daerah Lawas (boleh dijumpai di sepanjang jalan menuju ke Pedalaman Bake'lalan). Harga jika di Bandar Kuching RM 5 / sepiring. Mahal bukan.

Keunikan buah terong pipit ini, ianya dimakan dengan cara memasakkannya dengan ditumis bersama bawang putih, merah beserta ikan bilis....Seterusnya dimakan terus bersama nasi putih yang panas....aummmmm sedapnya...Pasti bertambah-tambah nasinya.



8 - Terong Asam / Dayak
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Satu lagi buah yang popular di Negeri Sarawak adalah Terong Asam. Siapa tak kenal kan...

Terong Asam / Dayak hanya boleh ditanam di tanah Kepulauan Borneo terutamanya di Negeri Sarawak. Buah terong asam bersaiz besar lebih besar dari buah tenis, berwarna kuning, permukaan kulitnya berkilat. 

Terong Asam / Dayak sesuai dimasak bersama ikan masin ataupun masak sup sahaja. Dimakan bersama nasi putih yang masih panas. Keunikan buah terong asam ini adalah, ianya adalah produk herba untuk kesihatan sejagat.  Harga pasaran terong asam / dayak adalah lingkungan RM 8 - 10 / kilogram.  


9 - Nenas Sarikei
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Nenas Sarikei adalah amat sinonim dengan nama satu bahagian di Negeri Sarawak (Sarikei). Bahagian Sarikei / Bandar ini terletak berdekatan dengan satu lagi Bahagian di Negeri Sarawak iaitu Bahagian Sibu. Selain nenas sarikei yang amat popular di sini, restoran roti kawin amat popular bagi pengunjung ke Bahagian Sarikei. 

Mengenai Nenas Sarikei, Bahagian Sarikei adalah pengeluar utama nenas di Negeri Sarawak. Keunikan nenas ini amat berbeza rasanya, saiznya jika dibandingkan degan Nenas lain. Jika berkunjung ke Sarikei, janganlah lupa untuk menikmati Nenas Sarikei. Replika Nenas yang bersaiz besar di tengah-tengah bandar yang menunjukkan bahawa anda perlu merasai kenikmatan buah ini. 


10 - Dabai
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Satu lagi produk keluaran Negeri Bumi Kenyalang yang amat popular adalah Buah Dabai. Buah Dabai hanya boleh diperolehi di Negeri Sarawak terutamanya di Bahagian Sibu Sarawak. Jika di lokasi lain, harganya jauh lebih mahal. Jika musim buah ini, harga dianggarkan lebih kurang RM 25 - RM 40 / sekilogram. 

Keunikan buah dabai adalah ianya berwarna hitam seakan buah kurma, isi berwarna purple, mempunyai biji seakan kekacang yang agak panjang. Rasanya pulak amat sedap jika dimakan bersama nasi putih yang masih panas. 

Kini buah dabai amat popular sehingga ianya popular di pasaran luar negara. Terdapat juga buah dabai yang dimasinkan serta kini kek lapis Sarawak dengan perasa Dabai.


11 - Engkalak
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Satu lagi buah yang popular di Negeri Sarawak adalah Buah Engkalak. 

Buah Engkalak adalah sejenis buah hutan. Ianya bersaiz tidaklah besar dan berwarna putih. Jika buah ini masak ianya akan bertukar warna kemerah-merahan ataupun warna jambu. Buah engkalak akan dimakan dengan kaedah cara masakan iaitu buah yang hampir masak akan direndam di dalam mangkuk dan dicurahkan dengan air panas. Selepas itu, mangkuk yang berisi buah engkalak akan dibiarkan terendam selama lebih kurang 5 - 10 minit. Selepas itu, buah tadi bolehlah dimakan bersama nasi putih yang masih panas. Cecahlah sedikit dengan garam ataupun kicap.



SEDIKIT INFO MENARIKNYA BUMI KENYALANG NEGERI SARAWAK YANG ANDA PERLU TAHU!!!













@ Jackie San

3 件のコメント:

  1. 11 Jenis Buah Tempatan Sarawak Yang Perlu Anda Rasai Kenikmatannya

    返信削除
  2. Trbaik.. Kamek nembiak sarawak.. Kapit

    返信削除
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/lima-rentung-dan-pemandu-treler-didakwa.html?sc=1653007116610#c5377222261589050647

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<