2019年8月28日水曜日

Apa itu Keris ?

Martabatkan Sebilah Keris 
Merungkai Misteri Di Sebalik Senjata Tradisional Masyarakat Melayu Di Malaysia.

Destinasi Bukit Chandan Yang Ingin Ditujui !
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Bagaikan satu perjalanan ke alam fantasi. Pemandangan Istana Kuala Kangsar, Masjid, Muzium dan beberapa menara yang masih elok menemani saya di sepanjang perjalanan. Sampai saja di Sebuah lorong menghala ke Kampung Padang Changkat, bunyi-bunyi bising yang kuat mulai dapat didengar. Bunyi umpama seseorang sedang mengetuk dengan kuat (kedengkang) dan mesin beroperasi yang nyaring memberi petanda bahawa saya telah tiba ke destinasi yang ingin dituju iaitu di kediaman pembuat keris terkemuka di Negeri Perak !

Kehadiran saya disambut oleh Saudara Abdul Aziz Abdul Jamil ataupun lebih dikenali sebagai Pak Mazin yang membawa saya untuk menuju ke lokasi pembuatan keris. Di sinilah dapat dilihat timbunan kayu, besi serta sedikit serpihan kayu yang bersepah di lantai. Di tengah-tengahnya pula kelihatan sebuah relau dan andas lama.

Pak Mazin yang merupakan generasi keempat penggiat seni pertukangan keris dalam keluarganya dan mula meminati bidang ini sejak berusia lebih kurang 10 tahun. Pak Mazin turut menceritakan di mana bapa dan datuknya mewarisi kemahiran ini daripada moyang mereka. Beliau mula mempelajarinya ketika berada di bangku sekolah lagi sekitar tahun 1060 an. Semasa berusia 16 tahun, beliau belajar dan mempelajari cara dan kaedah membentuk mata keris, pisau mata lebar, parang dan juga keris sendiri.

Kehalusan buatan hasil pertukangan keris Pak Mazin cukup terkenal sehingga beliau sering menjadi pilihan kerabat di raja dan pihak istana termasuk Yang di-Pertuan Agung. 


Gabungan Bahan Dan Rekaan
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sambil mendengar penerangan oleh Pak Mazin tentang proses pembuatan keris, saya menyedari bahawa keris bukan sekadar sebuah senjata semata-mata. Bilahnya perlu dihasilkan daripada campuran tujuh jenis logam dengan sebutan bahasa Arab yang berbunyi 'pa'-paku, pahar, payung, puting pisau, pagar dan juga pencebak. Setiap satunya merupakan simbol keselamatan, kekukuhan dan juga simbol perpaduan. Pelbagai jenis corak dan juga lengkok yang digunakan sebagai ukiran dan juga rekaan keris bagi menggambarkan personaliti pemiliknya.

Maka, tidak hairanlah keris dipercayai memiliki kuasa sakti. Kehebatan kuasa sakti keris turut dipopularkan melalui kisah legenda terkemuka, iaitu Taming Sari. Menurut cerita masyarakat Melayu popular, keris Taming Sari yang dipercayai memiliki kuasa misteri itu akhirnya jatuh ke tangan Hang Tuah dalam satu pertarungan sengit. Kini, keris masih disimpan rapi sebgai sejenis khazanah pusaka, azimat, lambang status mahupun aksesori khas untuk majlis-majlis rasmi astana.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Proses penghasilan aloi untuk membentuk dan membuat keris agak rumit. Sebelum proses pembakaran di dalam relau dilakukan, semua bahan logam perlu diikat bersama terlebih dahulu, dan seterusnya proses mengetuk/menukul dan juga melipat aloi dilakukan berulang-ulang kali sekurang-kurangnya 21 kali bagi mengukuhkan ketahanan sesebuah keris. Mengikut tradisi, bilah keris yang siap perlu dikilatkan dengan jus limau kasturi. Selain keris, Pak Mazin turut menghasilkan sarung dan juga hulu sebagai pelengkap senjata warisan tersebut.

Lambang Identiti Sebuah Negara
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Suatu ketika dahulu, Kuala Kangsar pernah mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang pembuat keris sekitar tahun 1960-an. Namun, bilangan tersebut kian berkurangan secara mendadak. Dek ancaman kepupusan seni kraftangan pusaka ini, Pak Mazin kini nekad untuk mempertahankan kesinabungan seni warisan ini. Malah, legasi seni pembuatan keris tradisional kini diwarisi oleh anak lelakinya. Selain itu, pelbagai bengkel khusus turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang mitos dan lagenda selok-belok pembuatan keris.

Pendek kata, keris merupakan sebahagian daripada lambang identiti negara. Harapan saya agar generasi muda mengetahui inilah salah satu warisan kita yang patut dipelihara dan dikenali agar ianya tidak dilupakan! Tidak juga lengkap penampilan baju Melayu dan tengkolok tanpa adanya keris, sedap mata memandang kalau tidak pasti nampak kurangnya sesuatu !
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...