2019年10月1日火曜日

KEMATIAN MODEL THAI DIKAITKAN MANGSA SEKS

CETUS KEMARAHAN !


BANGKOK :
Pihak polis Thailand yang menyiasat mengenai kematian mengejut seorang model sedang memburu lebih ramai suspek lagi dalam satu kes yang telah mengejutkan negara dan telah mencetuskan kemarahan luar biasa mengenai layanan terhadap wanita dalam satu sekstor bagi industri hiburan yang kurang difahami dunia. 

Mayat model upahan Thitima Noraphanpiphat telah ditemui keadaan separuh bogel di lobi sebuah blok pangsapuri Bangkok pada 17 September, beberapa jam selepas beliau menghadiri sebuah parti di mana beliau telah dibayar untuk menghidangkan minuman keras serta khidmat seks.

Pihak polis sedang berusaha untuk mengemukakan dakwaan terhadap sesiapa yang terlibat dengan 'skandal' yang telah membawa kepada kematian wanita berusia 25 tahun itu, jurucakap Krissana Pattanacharoen memberitahu AFP pada lewat Sabtu lepas.

Kes tersebut menjadi berita muka depan di Thailand serta mencetuskan spekulasi di dalam media sosial mengenai apa  yang berlaku di Thailand terutamanya terhadap Thitima, yang mempunyai hampir 100,000 orang pengikut di Instagram di mana ramai telah menghantar kenyataan 'RIP' pada gambar-gambar beliau.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Industri dikenali sebagai 'cantik (pretty)' di Thailand mengupah model-model lelaki dan wanita berkenaan dengan promosi bagi menghadiri mana-mana kelab, melancarkan produk, pertunjukan kereta serta perkhidmatan seks.

Namun pengkritik menyatakan ia wujud dalam sebuah kawasan kelabu yang sah dari segi undang-undang Kerajaan Thailand di mana wanita dan lelaki semasa parti-parti VIP boleh dipaksa terlibat dengan dadah, alkohol dan seks.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Model-model boleh memperolehi kira-kira USD 100 dan lebih semalam bagi tugasan mereka (jumlah terbaik untuk pelajar kolej).

Pihak polis telah mendakwa tujuh orang yang dikaitkan dengan parti selepas rakaman CCTV ditularkan menunjukkan suspek utama mengheret mayat Thitima ke dalam sebuh lif sebelum membuangnya separuh bogel ke atas sebuah sofa di lori apartment.

Siasatan sedang diperluaskan ketika pihak berkuasa berharap kes akan bertindak sebagai satu amaran kepada rakyat Thailand.

"Kami telah membuka siasatan terhadap semua individu yang terlibat dalam skandal wanita ini, termasuk pihak agensi, pengurus, rakan seks, juru gambar, keluarga dan pelanggan seks beliau yang turut menyertai parti ini"

"Ia hanya akan menunjukkan bahawa sekiranya anda bertindak melangkaui batas maka ini adalah pembalasan yang akan kamu terima kelak", kata pihak berkuasa Thailand.

Beliau menyatakan pihak berkuasa tidak mengeluarkan satu punca kematian rasmi namun 'pengambilan dadah dan alkohol pada kadar yang maksimum' telah dikesan di dalam badan si mati.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Lelakii dipercayai berada dalam rakaman CCTV turut bertugas dalam industri hiburan dan telah dikenalpasti sebagai model Rachadej Wongtabutr yang berupa skandal seks beliau.

Dia didakwa pada minggu ini dengan penahanan secara haram membawa kepada kematian selepas dia dikatakan membawa Thitima pulang ke kondominiumnya dari parti dan meninggalkan beliau (si mati) berkeadaan yang dicurigai di atas sofa lobi kondominum berkenaan.

Pihak berkuasa menyatakan dia merogol dan beliau menafikan melakukan sebarang kesalahan berat.

Enam orang lagi telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas satu aduan berasingan daripada seorang wanita lain diupah untuk parti yang menyatakan beliau telah pengsan dan terjaga dalam keadaan pakainnya telah dibuka dan disifatkan telah diperkosa oleh tujuh (7) orang itu. - AFP

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...