2019年10月23日水曜日

Sejak 2016 kes bunuh diri Meningkat

Lebih 300 Kes Bunuh Diri Dilaporkan Sejak 2014 !

PARLIMEN
Sebanyak 356 kes bunuh diri dilaporkan berlaku di seluruh negara dari Tahun 2014 hingga Jun 2019, persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata dari jumlah itu termasuk 69 kes turut melibatkan bukan warganegara Malaysia.

"Bagi menghadapi masalah ini, KKM (Kementerian Kesihatan) telah menyediakan perkhidmatan saringan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental di 60 buah hospital kerajaan, 1,001 Klinik Kesihatan di peringkat kesihatan primer dan Laporan dari Pusat Komuniti kesihatan Mental sebanyak 25," katanya dalam sesi soal jawab secara lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau turut menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu langkah akan diambil Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan kejadian bunuh diri yang semakin meningkat dari tahun ke tahun di negara ini.

Dr Lee berkata KKM mempunyai 400 pakar psikiatri di seluruh fasiliti di bawah kementerian itu dan seramai 298 'family medicine specialist' yang boleh memberikan nasihat rawatan bagi mereka yang menghadapi masalah kemurungan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selain itu, Dr Lee berkata antara aktiviti kesedaran kesihatan mental lain yang turut dilaksanakan adalah menerusi Kempen Cara Hidup Sihat yang memfokuskan kepada menangani stress.

Selain itu, beliau berkata program kesihatan mental dalam komuniti turut menawarkan perkhidmatan di klinik kesihatan yang meliputi aktiviti promosi dan pengesanan awal melalui saringan untuk mengesan tahap stress, keresahan dan kemurungan serta individu yang berisiko mengalami masalah kesihatan mental serta pelaksanaan intervensi.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menjawab soalan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) berkenaan daftar bunuh diri yang perlu dikaji semula, beliau berkata kementerian berhasrat untuk melaksanakannya pada tahun hadapan.

"Namun, sebelum daftar boleh dibangunkan, kita kena 'decriminalised' (tidak dikategorikan sebagai perbuatan jenayah) bunuh diri kerana jika tidak berbuat demikian, bunuh diri tidak akan dilaporkan dan daftar tidak akan lengkap.

"Bukan sahaja kita sokong supaya 'decriminalised' bunuh diri oleh kerana daftar, tetapi kita juga menyokong kerana tidak mahu mereka yang cuba bunuh diri dan perlukan rawatan, dihukum sekali lagi," katanya yang turut mencadangkan supaya Seksyen 305, 306 dan 309 Kanun Keseksaan dikaji semula.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan sedang mengkaji dan berunding di peringkat nasional dengan beberapa pihak berkepentingan dalam usaha untuk meminda undang-undang bagi mengeluarkan jenayah cubaan bunuh diri daripada Kanun Keseksaan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/10/sejak-2016-kes-bunuh-diri-meningkat.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...