2019年12月26日木曜日

Gaji Minima RM 1,800 Tahun 2020




KERAJAAN PERSETUJUI CADANGAN GAJI MINIMA RM 1,800 ?

Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meminta agar gaji minimum penjawat awam ditetapkan sebanyak RM 1,800 sebulan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata tuntutan itu merupakan salah satu hak Cuepacs dalam menjamin sesuatu yang lebih baik kepada penjawat awam, bagaimanapun kerajaan juga turut mempunyai hak yang sama sebelum membuat keputusan.

"Kerajaan juga ada hak untuk mempertimbangkan sesuatu yang munasabah dengan keperluan lonjakan ekonomi dalam negara kita. Kerajaan mempunyai pandangan 'cermin besar' yang perlu dilihat untuk masa hadapan masyarakat bukan hanya kepada golongan pekerja yang bermajikan dan semua itu harus diambil kira.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Tuntutan Cuepacs itu menunjukkan sensitiviti mereka dalam membantu pekerja sama ada sektor awam atau swasta tetapi kerajaan sudah tentu ada pertimbangan dari sudut berkemampuan dan keupayaan kerajaan dan mengambil kira keupayaan majikan di peringkat swasta," katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Komuniti di Pokok Sena di sini, kelmarin.

Katanya, sekiranya pihak majikan tidak berupaya untuk membayar gaji dan kerajaan memaksa serta meletakkan syarat, pihak majikan mungkin menutup operasi dan itu akan menyebabkan lebih ramai orang akan hilang pekerjaan.

Sementera itu, Mahfuz berkata kerajaan juga memutuskan kadar gaji minimum akan dinaikkan daripada RM 1,100 kepada RM 1,200 sebulan bermula awal tahun hadapan di kawasan bandar yang terpilih yang dilihat kos sara hidup pekerja kini semakin meningkat.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Isu gaji minimum ini memang ramai tidak puas hati. Bermula RM 980 naik kepada RM 1,100 namun masih ada yang tidak berpuas hati tetapi dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) kita telah berjanji untuk menaikkan sehingga RM 1,500 namun proses itu secara berperingkat dalam tempoh masa lima tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat Presiden Cuepacs Adnan Mat, Khamis lalu yang meminta agar kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM 1,800 sebulan bagi penjawat awam berikutan kos hidup semakin meningkat.

Adnan berkata ianya selaras dengan keperluan gaji minimum baru itu dibuat berdasarkan kepada beberapa aspek, antaranya bagi menampung kos keperluan isi rumah, nilai harga rumah agar semua mampu milik serta kadar potongan bulanan selain ianya dapat membantu mengurangkan masalah tekanan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat di samping membentuk generasi yang lebih baik pada masa depan.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/12/gaji-minima-rm-1800-tahun-2020.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2019/12/gaji-minima-rm-1800-tahun-2020.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...