2019年12月30日月曜日

Hibah Tabung Haji Lebih Tinggi Dari ASB 2019



TH JANGKA BAYAR HIBAH LEBIH TINGGI BAGI TAHUN KEWANGAN 2019 BERBANDING ASB!

Bagi Tahun Kewangan 2018, TH mengagihkan hibah sebanyak 1.25 % melibatkan RM 913 Juta kepada semua pendepositnya. 


KUALA LUMPUR:  Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan pembayaran hibah (dividen) lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
 Beliau berkata pencapaian prestasi kewangan tabung Haji amat positif jika dibandingkan dengan Amanah Saham (ASB) dan prestasi kewangannya pada suku tahun ketiga tahun ini meningkat malah berada pada landasan terbaik.

"Jikalau dilihat setakat bulan September 2019, Alhamdulillah...Pencapaian TH (berada0 di dalam trek yang membanggkan dan betul, jadi kita lihatlah nanti.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
"Tahun ini masih berbaki kurang seminggu lagi. Insya Allah pembayaran hibah akan lebih baik daripada tahun pencapaian 2018 dan yang lebih membanggakan adalah hibah TH lebih tinggi jika dibandingkan dengan ASB," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan kenderaan dwifungsi kepada wajil masjid terpilih seluruh negara di sini hari ini. 

Bagi Tahun Kewangan 2018, TH mengagihkan hibah sebanyak 1.25% yang melibatkan RM 913 Juta kepada semua pendepostinya.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Sehingga 30 November 2019, TH mempunyai 8.71 juta pendeposit termasuk 87,000 akaun simpanan yang baru.

 Menurut rekodnya, prestasi suku ketiga TH adalah baik dengan jumlah aset terkumpul terus mengatasi tanggungan sebanyak RM 2.3 bilion, lebih tinggi berbanding RM 1 bilion pada 2018 manakala keuntungan bersih berjumlah RM 500 Juta pada suku ketiga tahun 2019, meningkatkan keuntungan untuk tempoh sembilan bulan pertama kepada RM 1.3 bilion.

 Mengenai sumbangan kenderaan dwifungsi, Nik Mohd Hasyudeen berkata Tabung Haji komited merancang akan memperluaskan sumbangan seumpama ini ke Negeri Sabah dan juga Negeri Sarawak bermulai Tahun 2020 nanti.

Sebanyak 25 kenderaan dwifungsi bernilai kira-kira Rm 3 Juta disumbangkan menerusi Program Mobiliti Tabung Haji untuk dimanfaatkan ahli kariah bagi tujuan urusan pengebumian dan juga pengangkutan.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Sementera itu, Pembantu Pengurus Masjid Jamek Rahimah, Kuala Kubu Bharu, Radzulai Yahaya menyifatkan sumbangan itu sebagai rezeki tidak ternilai yang akan dijaga dan digunakan sebaik mungkin.

"Pada mulanya kami ingatkan van jenazah, rupa-rupanya van serbaguna. Kami memang amat memerlukan kenderaan seumpama ini kerana van jenazah sedia ada hanya dipinjam," katanya.

Pengerusi dan Imam Masjid Al-Raudhah Machang, Zulkafli Jusoh ketika menzahirkan ucapan penghargaan turut berasa terharu dengan sumbangan daripada Lembaga Tabung Haji bagi Jemaah Haji itu memandangkan pihaknya telah beberapa kali membuat permohonan kepada pelbagai pihak sebelum ini yang tidak terbalas. Akhirnya sumbangan TH ini mengembirakan mereka.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@Jackie San
 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/12/hibah-tabung-haji-lebih-tinggi-dari-asb.html

    返信削除

Featured post

Graduation Day D3 M2 & B4

  https://youtu.be/R0W4A_5hx9g?si=tE8WQcpNoDAYTf3c >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<