2019年12月12日木曜日

Jam tangan termahal hadiah hari lahir Rosmah - NAJIB


NAJIB HADIAHKAN JAM TANGAN TERMAHAL SEMPENA HARI LAHIR ROSMAH!

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menghadiahkan seutas jam tangan berharga RM 466,330.11 kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai hadiah harijadi kelahiran isterinya itu pada Bulan Disember lalu.

Najib, 66, berkata jam tangan itu dibayar menggunakan kad kreditnya di Butik Eksklusif Channel Di Honolulu, Amerika Syarikat, sewaktu beliau bersama isteri makan angin pada 22 Disember 2014 yang lepas.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu mendedahkan perkara itu semasa diminta untuk memberikan keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM 42 Juta dana SRC International Sdn Bhd semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya Rahmat Hazlan.

Najib juga memberitahu mahkamah beliau membelanjakan RM 127,017.46 di Shangri-La Hotel di Bangkok, Thailand, pada Januari 2015 melalui Kad kreditnya untuk percutian mereka berdua (peribadi) di Thailand itu.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Meskipun perjalan itu percutian peribadi, saya turut mengambil peluang untuk bertemu dengan rakan sejawat Thailand saya, Prayut Chan-o-Cha, untuk membincangkan bagaimana kerajaan Thailand dapat membantu kita berkenaan dengan banjir teruk yang kita sering hadapi.

"Pembayaran sebanyak RM 120,000 di Hotel Shangri-La meliputi penginapan saya dan kakitangan sokongan yang menemani saya dalam perjalanan rasmi itu, termasuklah perbelanjaan di luar jangkaan dan yang diperlukan sepanjang perjalanan tersebut," katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau berkata, transaksi di Shangri-La itu selepas lawatannya ke Kota Bharu, Kelantan, untuk memeriksa keadaan banjir di sana, dan beliau terus menyambung percutian peribadi di Bangkok.

Katanya, ia menjadi haknya untuk menuntut kembali perbelanjaan daripada kerajaan memandangkan beliau membuat kerja sewaktu percutiannya.

"Tetapi, saya memilih untuk menanggung kesemua perbelanjaan atas diri sendiri memandangkan saya tidak mahu merumitkan perkara dan telah melakukan budi bicara saya dengan sewajarnya, " katanya.

Mengenai Rm 3,282,734.16 yang dikenakan oleh sebuah kedai tukang emas di Sardinia, Itali, bertarikh 8 Ogos 2014, Najib berkata perbelanjaan itu dilakukan untuk memberi barang kemas sebagai hadiah kepada isteri seorang kenamaan Timur Tengah.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Pada 11 November 2018, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/12/jam-tangan-termahal-hadiah-hari-lahir.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...