2020年2月11日火曜日

Tanah Suci Makkah : Sajat Mohon Agar Dianugerahkan Suami Berkekalan Hingga Akhir Hayat


MUFTI:
Wilayah Persekutuan diminta untuk mengeluarkan kenyataan berhubung isu membabistkan usahawan terkenal yang dilihat semakin terpesong akidahnya kini, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dan beberapa individu yang berpakaian seperti wanita semasa mengerjakan ibadah Umrah di Makkah baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, isu berkenaan melibatkan fatwa dan kenyataan berkaitan hukum seharusnya dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri.

"Bila dia (Sajat) sudah berada di Makkah, itu tindakan dia yang melibatkan hukum-hakam. Dan hal melibatkan fatwa perlu dikeluarkan oleh mufti dan kita tidak boleh mendiamkan diri kerana ini hal Agama Islam dan akan di pandang hina oleh bangsa dan agama lain jika kita gagal memberikan maklumbalas isu berkenaan dengan kadar segera."

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Kita mohon mufti untuk mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ketika dihubungi sedia maklumn berhubung isu yang hangat diperkatakan membabitkan usahawan kosmetik yang menyerupai wanita itu.

Mengenai saranan Fuziah itu, seorang pegawai memberitahu bahawa pejabat mufti akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu yang berbangkit dalam masa terdekat.

"Pejabat mufti telah pun mengeluarkan fatwa mengenai lelaki berpakaian wanita ini, tetapi kita sedia maklum mengenai isu yang melibatkan Sajat ketika ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Sehubungan itu, kita akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan tidak lama lagi," ujar pegawai berkenaan.

Sementara itu, Lembaga Tabung Haji ada mengeluarkan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28 Musim Haji 1433 Hijrah mengenai Khunsa dan Mukhannas.

Mukhannas merujuk kepada lelaki menyerupai wanita dari segi tingkah lakunya dan penampilannya.

"Bagi Mukhannas semula jadi atau yang disengajakan, telah melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak, dan kes menukar jantina dengan melakukan pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka hukum individu tersebut termasuk ibadah haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya," menurut resolusi itu.

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28 Musim Haji 1433 Hijrah mengenaik Mukhannas.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dalam satu sidang media kesal dengan tindakan Sajat bersama beberapa individu lain itu yang berpakaian wanita di Tanah Suci sekali gus telah mencemarkan imej Islam serta Negara Malaysia.

"Dia telah menjejaskan satu imej yang dalam IC (Kad Pengenalannya) sebagai seorang lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya pergi ke Makkah, saya difahamkan masa naik kapal terbang semuanya elok pakaian sebagai seorang lelaki.

"Tapi bila sampai ke Tanah Suci Makkah dia berpakaian telekung macam wanita. Semuanya, pergerakan dan tempat yang dia pergi, tempat dia sembahyang adalah bersama dengan (jemaah) wanita.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Saya amat kesal sudahlah perbuatan dia itu menjejaskan imej, dipaparkan pula dalam media sosial (Instagra dan FB), seolah-olah perkara itu tidak ada kesalahan...Saya bercakap dari segi Agama Islam, bukan dari segi hak asasi manusia," katanya kepada pemberita. Sajat telah memalukan dunia Islam. Bangsa lain serta agama lain memandang hina perbuatan Sajat itu. Ia amat memalukan dan mendukacitakan Umat Islam Sedunia.


@Jackie San



0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

The Saga International Balloon Fiesta 2024

   https://youtu.be/L8vJq2i2O7U?si=RTlcfXnFy6Q1P9TN >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<