Monday, 30 March 2020

Bantuan COVID -19 PM harus utamakan kami - BLACK

DIKECAM NETIZEN SEBAB MOHON BANTUAN - BLACK

"DIKECAM NETIZEN SEBAB MOHON BANTUAN, JOM DENGAR APA KOMEN BLACK"

Pada masa negara kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan sehingga pertengahan April 2020, sudah pasti ramai rakyat yang terkesan dari segi ekonomi serta keperluan hidup.

Tidak terlepas juga golongan dalam bidang seni. Kecoh beberapa hari ini di media sosial (FB dan Insta, Twitter) tentang beberapa artis yang membuat kenyataan bahawa mereka juga perlukan bantuan kerajaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Suara dan luahan hati Black telah menyebabkan ramai netizen yang memberikan komen kepada kenyataan tersebut. Antara komen yang boleh disimpulkan netizen mempersoalkan artis yang bermewah-mewahan dalam kehidupan mahukan juga bantuan.

Malah, dimuat naik video yang mana menunjukkan beberapa orang artis Malaysia yang hidupnya mewah, kereta besar beberapa buah, tinggal di apartment mewah @ kondo, penerbangan ke luar negara, membeli belah di luar negara yang akhirnya mendeclarekan dirinya papa kedana.

Salah seorang artis yang terkesan dengan isu ini adalah Black Hanifah. Jom kita baca respon Black tentang isu panas ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Orang ramai salah faham. Maksud saya kerajaan harus membantu saya dan keluarga untuk melepaskan bayaran atau tunggakan hutang yang saya hadapi. Selain itu, PM juga harus membantu dalam meluluskan permohonan untuk melanjutkan tempoh pinjaman, bukannya meminta duit untuk kepentingan diri ," kata penyanyi, Black Hanifah, 33 tahun itu.

Black atau nama sebenarnya, Mohd Hanifah Md Hanafiah, menyifatkan ramai netizen salah tafsir maksud sebenar luahan hati beliau mengenai niatnya menyuarakan pendapat meminta bantuan ihsan kerajaan itu. Ini kerana ramai artis Malaysia yang terkesan dengan COVID-19 ini dengan cabaran hidup apabila tiada pekerjaan tetap serta penularan virus itu.

"Saya bukan minta duit rakyat untuk membantu saya, tetapi rakan selebriti/artis yang lain juga tidak berkemampuan seperti saya. Salahkan saya untuk menyuarakan bagi pihak mereka pandangan yang saya rasakan betul dan benar belaka ini. Malah ramai artis seperti saya yang kekurangan modal sumber pendapatan tetap masa ini. Saya hanya nak bantu mereka dalam meringankan bebanan hidup bekerluarga. Itu sahaja niat baik saya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Netizen menilai luaran dan apa yang mereka nampak, banyak perkara yang mereka tidak ketahui rutin kehidupan kami sebagai artis ini. Suara saya mewakili sahabat-sahabat saya di luar sana kerana mereka amat bergantung kepada persembahan, hasil lakonan yang nilainya kecila untuk menyara kehidupan sekeluarga.

"Tak semua artis dan selebriti hidup mewah seperti yang netizen sangkakan. Saat bergelak ketawa dan seronok dengan hasil lakonan, nyanyian, petikan gitar, kami puji. Tetapi, apabila kami memerlukan bantuan dalam keadaan seperti darurat ini, kami dikeji, dihina malah mendapat tomahan perit," katanya dalam laman Twitter.

"Terdahulu, Black menyuarakan pendapat supaya PM dan kementerian berwajib supaya golongan artis dan selebriti diberikan keutamaan untuk menerima bantuan kerajaan COVID-19 itu, namun kenyataannya mengundang salah faham apabila netizen berpendapat kerajaan perlu membantuorang yang lebih susah berbanding penggiat seni.

Teruk dikecam netizen dalam laman sosial, Black berkata, dia agak tersinggung dengan kecaman yang diterima. Malah, penyanyi lagu Aku Rindu Sayang Kamu itu meluahkan perasaan kesal apabila netizen meninggalkan komen dalam gambar anak-anaknya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Tidak pasal anak-anaknya menjadi mangsa keadaan. Saya terpaksa tutup cepat ruangan komen disebabkan takut salah cakap dan menerima kecaman berterusan waktu ini. Risau ianya boleh menjadi fitnah duniawi," katanya.

Bagaimanapun, Black juga mewakili seluruh rakan - rakan artis seperti Tomok, Tajul, Fizo Omar dan banyak lagi artis lain untuk meminta maaf kepada semua sekiranya ada yang kurang selesa dengan pandangan yang beliau suarakan terbaik untuk artis dan selebriti tanahair tercinta ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Dalam pada itu, Black amat berterima kasih atas inisiatif kerajaan membantu setiap lapisan rakyat Malaysia tidak kira siapa mereka ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan berdoa Malaysia akan cepat pulih sebelum Bulan Ramadhan yang hampir akan tiba. Aamin.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/03/bantuan-covid-19-pm-harus-utamakan-kami.html

    ReplyDelete
  2. I am here to give my testimony about chief dr lucky who helped me in my life, i want to inform the public how i was cured from herpes simplex virus by chief dr lucky, i visited different hospital but they gave me list of drugs like Famvir, Zovirax, and Valtrex which is very expensive to treat the symptoms and never cured me. I was browsing through the Internet searching for remedy on herpes and i saw comment of people talking about how chief dr lucky cured them. when i contacted him he gave me hope and send a Herbal medicine to me that i took and it seriously worked for me, am a free person now without problem, my herpes result came out negative. I pray for you chief dr lucky am cured you can also get your self cured my friends if you really need my doctor help, you can reach him now.
    Email: chiefdrlucky@gmail.com  Call or What's App +2348132777335  
    Website :  http://chiefdrluckysolutionhome.website2.me/ 

    ReplyDelete

Featured post

Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Rh Aling Thaddeus Pulau Brunei, Daer...

  https://youtu.be/cRX8JpTL0X0