2020年3月23日月曜日

MAJIKAN HARUS BAYAR GAJI PENUH CUTI ARAHAN KERAJAAN - COVID 19


KUALA LUMPUR:

Majikan wajib membayar gaji penuh kepada semua pekerja mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa.

Kementerian Sumber Manusia menerusi soalan lazim mengenai Perintah Kawalan Pergerakan memaklumkan majikan yang enggan membayar gaji pekerja sepanjang tempoh (18 hingga 31 Mac 2020 bersamaan 14 hari) itu, pekerja boleh mengemukakan aduan secara dalam talian melalui e-mel rasmi Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Pekerja perlu mengemukakan maklumat lengkap berkenaan aduan berkenaan bagi memudahkan pengurusan JTK mengambil tindakan sewajarnya.

http://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Malah, pekerja boleh hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja berhampiran selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat. Siasatan ke atas setiap aduan hanya akan dijalankan selepas tempoh perintah tamat.

Pekerja bergaji harian perlu dibayar mengikut kadar upah yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja di dalam surat tawaran atau kontrak perkhidmatan.

Bagi pekerja yang upahnya tidak tetap, kadar hariannya hendaklah kurang daripada kadar gaji minimum seperti Perintah Gaji Minimum 2020.

http://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Majikan juga tidak boleh memaksa pekerja menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji sepanjang tempoh perintah kerana ia dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Bagaimanapun, pekerja tidak layak menuntuk insentif RM 600.00 seperti yang diumumkan kerajaan kerana tempoh kelayakan untuk mendapatkan insentif itu ialah sebulan.

Bagi pekerja yang terpaksa bekerja dari rumah, majikan tetap perlu membayar gaji serta elaun seperti biasa dan jika ingkar, itu kesalahan mengikut Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh didenda tidak melebihi RM 1,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

http://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/03/majikan-harus-bayar-gaji-penuh-cuti.html

    返信削除

Featured post

[Okinawa Kouri Bridge] The blue world spreads out from [Scenic Drive]

   https://youtu.be/ELLp6-djlLM?si=rSoWOLNJridYopLP >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<