2020年5月6日水曜日

Apa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ?





PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) TU APA SEBENARNYA ?

Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 04 Mei 2020 (Isnin). Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan - kawasan tertentu untuk mengelakkan penyebaran wabah KoronaVirus.

Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berdasarkan data yang diperolehi, dan amalan terbaik yang ditentukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat dan berhati-hati dengan menguatkuasakan SOP yang lebih ketat.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini adalah satu langkah bagi membantu sektor ekonomi dan juga sosial dengan lebih berhati-hati tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP oleh pihak berkuasa. Aktiviti yang melibatkan sentuhan badan dan juga perhimpunan ramai adalah tidak dibenarkan.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) ITU APA ?

Ianya bermaksud semua penduduk dari kawasan terbabit adalah tidak dibenarkan untuk keluar dari situ manakala orang luar pula tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan berkenaan. Semua aktiviti perniagaan tidak dibenarkan sama sekali. Penduduk tidak dibenarkan keluar rumah sama sekali semasa PKPD.

PENJARAKKAN SOSIAL ITU APA ?

Penjarakkan Sosial, ataupun 'social distancing' adalah terma yang bermaksud penghindaran hubungan antara masyarakat seperti berjabat tangan, duduk berdekatan, perhimpunan, majlis keramaian, makan-makan ataupun menghadiri keagamaan.

Ini bermaksud penjagaan jarak fizikal antara satu sama lain dan menghidarkan diri untuk berkunjung ke tempat awam yang boleh meningkatkan risiko diri dari dijangkiti seperti pasaraya, masjid, tokong, gereja ataupun perhimpunan ramai.

Di kala krisis pandemik COVID-19 ini,amatlah penting untuk kita mengamalkan tabiat penjarakkan sosial dengan segera. Kerajaan Malaysia sudah pun mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus mengaktifkan penjarakkan sosial di skala nasional.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

KENAPA PERLU PENJARAKKAN SOSIAL ?

Untuk memahami mengapa kita perlu mengamalkan penjarakkan sosial, kita sebenarnya perlu mengetahui mekanisme wabak KoronaVirus itu.

Kajian masih lagi sedang dilakukan untuk memahami wabak ini dengan lebih mendalam. Kini, maklumat yang telah diperolehi hanyalah :

a). Tempoh inkubasi virus selama 2 hingga 14 hari.

b). Kemampuan jangkitan yang agak tinggi.

c). Lebih kurang 80 % dari pesakit menunjukkan simptom
     sederhana seperti batuk dan juga demam.

d). COVID-19 disebarkan melalui titisan air yang terkandung 
     di udara.

e). Ini bermakna orang yang membawa penyakit ini boleh 
     berada di sekeliling kita tanpa dia yang kita sedari!

Perkara terbaik yang mampu untuk kita lakukan adalah senantiasa mengamalkan mencuci/membasuh tangan secara menyeluruh dan juga di bahagian leher. Selain itu, cuba untuk elakkan dari menyentuh bahagian muka, mata, hidung, telinga apabila keluar rumah. Selain mengawal wabak COVID-19 ini dari merebak melalui permukaan tercemar itu, kita juga tahu bahawa penyebaran sesama manusia dapat dielakkan secara lebih efektif apabila kita mengelakkan diri dari terdedah dengan persekitaran sekeliling pesakit yang tercemar ataupun positif.

Jadi, pelindung terbaik adalah dengan menghindari persekitaran sosial, ataupun sekurang-kurangnya menjarakkan diri kita dari orang lain secara fizikal. Itulah apa yang dimaksudkan penjarakkan sosial.

BAGAIMANAKAH CARA MUDAH UNTUK MENGAMALKAN PENJARAKKAN SOSIAL ?

a). Elakkan pengunjung datang ke rumah kita.

b). Elakkan tempat di mana anda akan berjumpa dengan 
     seseorang.

c). Elakkan dari keluar rumah kecuali sekiranya perlu sangat
     ataupun hal mustahak.

d). Menjaga jarak sekurang-kurangnya *6 kaki (+/- 2 meter) 
     dengan orang lain.

BILAKAH TARIKH PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BERMULA ?

MULAI 04 MEI 2020.

APAKAH AKTIVITI YANG DIBENARKAN SEMASA PKPB INI ?

Bermain basikal, ragbi, renang tempat awam, sukan bola sepak, Bazar Ramadhan, Bazar Raya, panggung wayang, pusat hiburan, pusat karaoke, taman tema, karnival jualan, pameran dan juga persidangan.

ADAKAH PERJALANAN RENTAS NEGERI SUDAH DIBENARKAN SEMASA PKPB ?

Perjalanan untuk merentas sempadan negeri masih lagi tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan menziarahi kematian, sakit tenat, nazak, urusan pekerjaan yang mana bertujuan untuk kembali semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung ataupun di tempat-tempat lain sejak bermulanya PKP dilaksanakan 18 Mac 2020 yang lalu.

Perjalanan rentas negeri untuk tujuan kembali ke kampung halaman semasa cuti perayaan Aidilfitri, Gawai Dayak dan Keamatan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Bye!!!


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San


ARTIKEL LAIN BERKAITAN 

>>> CLICK LINK <<<





1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/apa-perintah-kawalan-pergerakan.html

    返信削除

Featured post

Meriahnya kampus lucky draw (FURICO SOUTH CAMPUS)

  https://youtu.be/Bxw4uK1I4Vg?si=IBBJzonyQLCwbCzX >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<