2020年5月8日金曜日

Bantuan BKSS 3.0 Khas Untuk Anak Bujang Di Seluruh Sarawak - Lakas Lakas Mohon

WARTAWAN TIDAK TERKECUALI MENERIMA BANTUAN BKSS 3.0

KUCHING : 
Golongan Wartawan juga turut menerima bantuan sekali bayar berjumlah RM 1,500.00 di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 seperti yang diumumkan oleh KM Sarawak Abang Jo.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia sebagai usaha menghargai pihak media khasnya wartawan yang turut sama turun padang semasa menanggani wabak COVID-19 di Negeri Sarawak.

"Rakan - Rakan Kabinet telah bersetuju untuk memberikan one-off berjumlah RM 1,500.00 kepada semua media kita yang bertungkus lumus siang malam memberikan hasil berita terbaik. Saya juga ingin mengumumkan bantuan one-off RM 1,500.00 kepada ahli - ahli media (anggaran 500 ahli) untuk menghargai sumbangan media," katanya pada sidang media khas melancarkan BKSS 3.0 di sini, hari ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Abang Johari berkata untuk itu akan ada kerjasama antara pihak berkaitan bersama persatuan wartawan bagi mengenalpasti nama -  nama ahli media di Seluruh Negeri Sarawak.

Selain media, beliau berkata kerajaan telah bersetuju untuk memberikan RM 200.00 sebulan dalam tempoh enam bulan kepada petugas barisan hadapan dalam Bantuan BKSS 3.0 ini.

Antaranya adalah kepada 358 orang anggota Kastam Diraja Malaysia yang menjalankan tugas di semua pintu masuk sempadan Sarawak, pelabuhan dan juga lapangan terbang di Seluruh Bumi Kenyalang.

"Selain itu, 870 orang kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang membantu melaksanakan perkhidmatan kecemasan, kerja-kerja pemeriksaan dan sanitasi di Seluruh Negeri Sarawak.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Bantuan juga kepada 887 orang anggota Bomba dan Penyelamat dalam menjalankan perkhidmatan yang cemerlang terutama kecemasan dan kerja-kerja sanitasi, khususnya di kawasan yang berisiko tinggi," katanya.

Turut menerima bantuan berkenaan kata beliau adalah seramai 500 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang membantu pihak PDRM dan ATM dalam memastikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi sepenuhnya di Negeri Sarawak.

"Kerajaan Negeri Sarawak akan membelanjakan RM 3.2 Juta untuk membayar Elauan Bulanan Khas ini kepada semua petugas yang menabur bakti di Negeri Sarawak sahaja," katanya.

"Kerajaan juga telah memperuntukkan bantuan kepada semua anak negeri yang masih bujang dan layak menerima BKSS 3.0. Jika belum mohon, sila lakas-lakaslah memohon kerana duit anda menanti anda," katanya.

Tahniah Anak Sarawak.

Hidup KM Sarawak Abang Jo

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

5 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/bantuan-bkss-30-khas-untuk-anak-bujang.html

    返信削除
  2. Tempoh 18 April 2020 sehingga 28 April 2020 amat singkat untuk rakyat yang memerlukan bantuan untuk memohon. Begitu juga dengan golongan bujang yang tidak tahu mengenai bantuan ini, kerana kekurangan maklumat yang disampai Kerajaan Negeri.Di harap Kerajaan Negeri pandang serius perkara ini.
    1. Buka semula Talian secara Online untuk pemohon Baru/Rayuan, bujang.
    2. Bagi tarikh yang betul.

    返信削除
  3. Bagi yang telah menerima Bpn adakah perlu membuat permohonan baru Bkss 3.0 bujang?? Bagaimana kita nk tahu samaada telah lulus bkss ni

    返信削除
  4. Bagi yang telah menerima Bpn adakah perlu membuat permohonan baru Bkss 3.0 bujang?? Bagaimana kita nk tahu samaada telah lulus bkss ni

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<