Saturday, 30 May 2020

Drama Babak Asmara Jerat Isteri Orang Seks Ranjang

PELAKON DRAMA MONALISA, 

Muhammad Shah Radhi Hazvee, 24 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan mengajak isteri orang untuk melakukan persetubuhan Isnin yang lalu.

Tertuduh yang menggunakan baju T-Shirt belang berwarna kelabu hitam membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa cubaan memujuk wanita yang diketahui adalah isteri orang yang sah kepada seorang lelaki untuk mengajaknya melakukan persetubuhan terlarang. 


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Sering Ukay, Ampang pada jam 8 malam Isnin lalu.

Muhammad Shah Radhi didakwa mengikut Seksyen 494 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh boleh sampai dua (2) tahun atau denda ataupun kedua-duanya sekali.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa yang menawarkan wang jaminan RM 6,000.00 terhadap tertuduh.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sementara itu tertuduh yang juga diwakili oelh Peguam Harcharanjit Singh bagaimanapun merayu wang jaminan berjumlah RM 2,000 kerana tertuduh seorang artis dan mendapat liputan yang meluas yang tiada alasan untuk Muhammad Shah Radhi untuk lari dari hukuman ini.


Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM 2,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan kes semula adalah pada 5 Ogos 2020.

Rabu lalu, tular di media yang  melaporkan pelakon berusia 24 tahun itu ditahan polis selepas didakwa menjalinkan hubungan intim dan melarikan isteri orang.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Suspek ditahan pada 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.


Polis turut merampas telefon bimbit dan sim kad milik Muhammad Shah Radhi sebagai bukti bagi tujuan siasatan.



@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/drama-babak-asmara-jerat-isteri-orang.html

    ReplyDelete

Featured post

VIRAL " PENGESANAN IKAN PEMANGSA ANAK IKAN SEMAH DI LONG NAPIR, ULU LIMB...

  https://youtu.be/JkbPcVfDj-Y