2020年5月25日月曜日

LELAKI INGKAR KUARANTIN DI RUMAH SEDAP MAKAN KAMPUA - SIBU SARAWAK

Sibu - Tularnya di Facebook aktiviti makan kampua di Sibu oleh seorang lelaki berusia 27 tahun mengundang padah.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, dalam mengesahkan hal ini berkata kes itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut terhadap seorang lelaki berusia 27 tahun yang ingkar kuarantin di rumah dan telah menyerah diri di Balai Polis Sibu Jaya.

Lelaki 27 tahun itu yang tinggal di kejiranan Rancangan Perumahan Rakyat Taman Bandar Sibu Jaya itu melanggar arahan perintah Kuarantin diketahui umum setelah beliau sendiri menularkan aktiiti makan mee kampua di sebuah cafe di media sosial Facebook baru-baru ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ditanya oleh seorang rakan Facebook beliau bagaimana dalam tempoh kuarantin di rumah beliau boleh keluar, beliau dengan selamba menjawab hanya dengan menanggalkan gelang tangan QR yang dipakaikan di tangannya sehingga lolos daripada tangannya. Amat mudah jawab beliau.

Tangakapan skrin hantaran itu kemudiannya ditularkan di laman sosial dan mendapat kecaman netizen di atas tindakan tidak bertanggungjawab beliau.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Perbuatan lelaki itu yang baru menjalani kuarantin selama tujuh hari tular sehingga menyebabkan netizen mengecam serta pentingkan diri. Akhirnya beliau telah menyerah diri di Balai Polis Sibu Jaya. Lelaki itu merupakan penyelia di Kuala Lumpur dan tiba di Sibu pada 17 Mei 2020 yang lalu.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kerajaan Sarawak mewajibkan semua individu yang memasuki negeri ini untuk memakai gelang tangan QR untuk memastikan mereka patuh kepada perintah kuarantin 14 hari bagi menghalang penularan wabak COVID-19 di Negeri Sarawak.

Mereka yang didapati mengganggu ataupun mengusik gelang tangan tersebut akan dianggap telah ingkar dan melanggar undang-undang dan boleh didenda sehingga RM 3,000.00. Pemakaian gelang tangan tersebut adalah wajib bagi yang dikenakan kuarantin dan ianya telahpun diwartakan sehinnga 09 Jun 2020.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/lelaki-ingkar-kuarantin-di-rumah-sedap.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<