2020年5月3日日曜日

Pemandu Mabuk Mengaku Tidak Bersalah Akibatkan Kematian Pegawai Polis - PKP

POLIS BERTUGAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MAUT DIREMPUH PEMANDU MABUK - KEJAM

SEORANG ANGOTA POLIS MAUT DIREMPUH DAN DIHEMPAP SEBUAH PACUAN EMPAT RODA
Kejadian berlaku ketika anggota berkenaan sedang bertugas dalam sekatan jalan raya Ops COVID-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 0300 pagi tadi, mangsa iaitu Koperal Safwan Muhammad Ismail yang juga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dirempuh berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS), Selangor.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kemalangan telah menyebabkan mangsa berusia 31 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan mangsa dirempuh pacuan empat roda model Toyota Hilux dipandu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dipercayai dalam keadaan pengaruh alkohol.

Mangsa dihempap oleh kenderaan itu dan mendapat kecedaraan parah di bahagian badan dan juga kepala.

Susulan itu mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Suspek turut mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital yang sama.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dalam pada itu, berita dan gambar kemalangan yang menimpa anggota polis terbabit mula viral di media sosial dan sebahagian netizen kesal dengan tindakan segelintir individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengambil kesempatan selepas perintah itu dilonggarkan oleh kerajaan.

Selain itu, netizen turut meminta hukuman berat dikenakan terhadap suspek sekiranya benar pemandu berkenaan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kehilangan nyawa petugas "Frontliner".

Tragedi menimpa anggota polis yang bertugas itu turut dikongsikan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa menerusi Twitternya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Katanya, adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apabila masih ada yang memandu dan membahayakan orang di sekitarnya.

"Apa lagi frontliners (petugas barisan hadapan) yang berkorban untuk kita semua (dalam perang melawan jangkitan COVID-19)," katanya ketika berkongsi kesedihan menimpa anggota polis berkenaan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San




1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/pemandu-mabuk-mengaku-tidak-bersalah.html

    返信削除

Featured post

TOKYO POLICE CONFIRM 2018 DEATH OF NORTH KOREA ABDUCTION SUSPECT - JAPAN

TOKYO POLICE CONFIRM 2018 DEATH OF NORTH KOREA ABDUCTION SUSPECT - JAPAN @Jackie San TOKYO Tokyo police said Tuesday they have confirmed tha...