2020年5月23日土曜日

Zon Hijau Parah Akibat Wanita Mengandung Bawa COVID-19 - KELANTAN

ZON HIJAU BERTUKAR WAJAH AKIBAT WANITA MENGANDUNG PEMBAWA KES BARU COVID-19

KELANTAN:
Selepas lebih sebulan Negeri Kelantan bebas daripada COVID-19, Kes terbaru muncul sekelip mata di Kuala Krai diakibatkan oleh seorang wanita mengandung yang baru kembali ke Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, ketika mengesahkan perkara itu berkata, usia kandungan mangsa baru 32 minggu.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Setakat maklumat yang diperolehi setakat ini, ahli keluarga mangsa berstatus negatif, manakala hanya mangsa iaitu wanita mengandung yang telah disahkan positif COVID-19. Namun semua ahli keluarganya terpaksa di kuarantin bagi menjamin keselamatan mereka.

"Apa yang kita takutkan selama ini berhubung perjalanan merentas negeri adalah perjalanan beliau (mangsa) merentas negeri, daerah untuk balik ke kampung apabila mendapat kelulusan bagi tujuan tersebut.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Wanita mengandung tersebut buat masa ini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

"Kita mendoakan agar wanita mengandung, keluarga serta mereka yang dilawatinya negatif COVID-19 serta beliau cepat sembuh dan kita harus juga mendoakan agar kesihatan beliau bersama bayi yang dikandungnya bebas segera dari jangkitan virus tersebut," katanya.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/zon-hijau-parah-akibat-wanita.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<