Wednesday, 17 June 2020

Anwar Terima Tun M Calon PM Ke-9 Malaysia ?


KUALA LUMPUR - Tidak adil bagi mana-mana pihak memaksa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipertikaikan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.


Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kegusaran itu ditambah dengan rekod Dr Mahathir dalam isu peralihan kuasa Perdana Menteri yang menimbulkan ketidaktentuan ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan sebelum ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Setakat ini PH belum mencapai kata sepakat isu Perdana Menteri ke-9.

"Justeru, tidak adil untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM ke-9 apatah lagi dengan apa yang beliau lalui sebelum ini.

"Tambahan pula, rekod Tun Dr Mahathir dalam isu peralihan kuasa yang menimbulkan ketidaktentuan ketika PH memerintah sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi parti itu hari ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, pihaknya turut menegaskan calon terbaik Perdana Menteri kesembilan adalah Anwar sendiri susulan keperluan negara mahukan permulaan baharu dan kerajaan bersih.

Menurutnya, krisis politik dilalui PH selepas peristiwa Langkah Sheraton sebahagiannya berpunca daripada tindakannya meletak jawatan tanpa berbincang dengan rakan-rakan PH selain keyakinan bahawa ahli-ahli Parlimen UMNO dan Pas bersamanya.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Malaysia perlukan permulaan baru, kerajaan bersih yang fokus untuk ekonomi yang lebih adil dan saksama untuk semua rakyat.

"Calon Terbaik Adalah Anwar Ibrahim, Jelas Nik Nazmi".



@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/anwar-terima-tun-m-calon-pm-ke-9.html

    ReplyDelete

Featured post

The Thriller Film Sinks Teeth Into Hungary's Opposition !

 THRILLER FILM SINKS TEETH INTO HUNGARY'S OPPOSITION     " We screwed up," reads the giant billboard on the highway into Budap...