2020年6月10日水曜日

Kenapa Negara Indonesia Sukar Untuk 'Lock Down' Wabak COVID-19

KENAPA ???

JAKARTA :
Indonesia seperti mana yang sedia maklum tidak menguatkuasakan 'Lockdown' ataupun yang semua rakyat Malaysia tahu iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak COVID-19. Ianya sesuatu yang sukar bagi Negara Indonesia untuk melaksanakan perkara tersebut yang mempunyai jumlah penduduk yang amat besar iaitu menghampiri 280 Juta Orang.

Doni Monardo (Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Negara Indonesia) berkata, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara itu, kerajaan akan menghadapi banyak masalah untuk menyediakan keperluan asas bagi seluruh rakyat Indonesia yang begitu ramai termasuk yang berada di kepulauan iaitu terdapat 16,000 pulau di Indonesia.

"Sekiranya kerajaan Indonesia melaksanakan 'Lockdown' ataupun PKP ia akan memberikan impak negatif kepada seluruh pekerja harian di negara Indonesia terutama bagi pekerja harian jumlah yang begitu besar. Rata-rata pekerja harian ini diberikan upah/gaji secara harian, jelas Doni Monardo.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Achmad Yurianto (Jurucakap Pemerintah Indonesia) mengumumkan bahawa terdapat penambahan jumlah kematian dalam tempoh 24 jam iaitu peningkatan sebanyak 12 kematian dan kes positif di negara Indonesia telah menjangkau 3,000 orang pada 31 Mac 2020. 

Presiden Indonesia juga telah mengumumkan bahawa Negara Indonesia pada masa tersebut berstatus darurat berikutan keadaan yang tidak mengizinkan bagi rakyatnya untuk melakukan aktiviti harian dan telah menyarankan agar semua rakyat melakukan penjarakkan sosial bagi menyekat penularan wabak COVID-19.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Selain itu, Presiden Jokowi juga mengumumkan pelbagai bantuan dan juga insentif kepada seluruh rakyat Indoneisa yang terlibat dengan penularan wabak COVID-19 ini. Di antara bantuan yang akan disalurkan adalah berjumlah Rp600,000 sebulan (RM170.00) bagi tempoh tiga bulan kepada golongan miskin, selain memberikan kad sembako (kegunaan untuk pembelian keperluan asas rumah) bernilai Rp200,000 kepada lebih 20 juta ketua keluarga. 

Akibat daripada penularan wabak pandemic COVID-19 bandaraya Jakarta dan bandar-bandar di Seluruh Indonesia pada masa kini kian sepi berikutan peningkatan yang ketara positif kes COVID-19 dan juga angka kematian. Sejak 16 Mac 2020 sehingga kini, rumah ibadat, pusat pelancongan, sekolah, pusat hiburan serta arahan untuk bekerja dari rumah bagi sektor yang tidak begitu kritikal, larangan membuat perhimpunan, perarakan, perbatasan untuk menggunakan pengangkutan awam adalah dilarang sama sekali. Negara Indonesia juga telah mengamalkan dan menjalankan Kempen 'Duduk Di rumah'.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San


0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<