Tuesday, 9 June 2020

10 Jun 2020 Kebenaran Rentas Negeri, Bahagian dan Daerah Seluruh Sarawak


KUCHING: Semua warganegara Malaysia dibenarkan untuk melakukan perjalanan merentas negeri ke Bumi Kenyalang, merentas semua Bahagian termasuk Daerah dalam Sarawak berkuatkuasa 10 Jun 2020, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) itu berkata, ia selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 nanti.

"Sebelum ini di Negeri Sarawak, bagi tujuan merentas bahagian dan daerah perlu mendapatkan kelulusan Ketua Balai Polis disertakan dengan surat sokongan dan salinan kad pengenalan pemohon. Selain itu, pemohon yang ingin datang ke Negeri Bumi Kenyalang ini perlu mendapat kelulusan Ketua Balai Polis untuk masuk ke negeri terutama yang datang dari negeri berlainan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Namun mulai 10 Jun 2020 (Rabu), semua warganegara Malaysia terutama dari Semenanjung, Sabah dan juga Labuan boleh masuk ke Negeri Sarawak. Begitu juga jika merentas bahagian dan daerah dalam negeri boleh bergerak ke mana-mana tanpa memerlukan kebenaran, " katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 hari ini, 09 Jun 2020.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata walau bagaimana pun, mereka yang datang dari Semenanjung, Sabah dan juga Labuan perlu mematuhi SOP iaitu diwajibkan untuk memuat naik aplikasi MySejahtera, dan mengisi borang deklarasi kesihatan yang tersedia di website.

Selain itu, pelawat yang tiba di Negeri Sarawak juga akan diambil sampel PCR secara rambang setelah tiba di pintu masuk utama negeri sama ada melalui udara, darat dan juga laut dan dinasihatkan untuk memuat turun COVID Trave Sarawak dan Qmunity.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menurut Uggah, semua rakyat Sarawak yang balik dari luar negara juga akan dikenakan kuarantin wajib selama 14 hari di hotel, di mana kos kuarantin masih ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak, dan akan turut diambil sample COVID-19 pada hari ke-10.

Bagi warga asing yang tiba ke Negeri Sarawak dengan permit kerja dan visa yang sah termasuk peserta Program Malaysia Rumah KeduaKu (MM2H) katanya, mereka juga akan diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari namun kos kuarantin warga asing adalah di bawah tanggungan masing-masing.

"Semua orang di bawah pengawasan (PUS) sedang dikuarantin di hotel sehingga ke hari ini, perlu menghabiskan tempoh kuarantin sehingga tamat," katanya.

Setakat hari ini, 09 Jun 2020 (Selasa) seramai 2,060 PUS yang masih berada di 38 buah hotel di Seluruh Bumi Kenyalang.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San


1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/10-jun-2020-kebenaran-rentas-negeri.html

    ReplyDelete

Featured post

Team JP Limbang Bergerak Turun Selepas Selesai Program Bersama Komuniti ...

  https://youtu.be/psGg8SsKqUU