2020年6月4日木曜日

Selaput Dara dan Dubur Bayi Koyak Kejamnya Suami Pengasuh

KES ZARA : RUPANYA ANAK DIJAGA OLEH SUAMI PENGASUH!

KUALA LUMPUR :
" Saya tidak menyangka yang selama ini anak saya dijaga oleh suami pengasuh dan bukannya wanita itu sendiri," kata Noraihan Ab Azizi, 22, ibu kepada bayi yang maut akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.

Bayi yang malang itu, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau nama mesranya, Zara yang baru berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia, iaitu selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik Zara (bayi malang tersebut) dirujuk ke Hospital Serdang, Selangor.

http://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menurut Noraihan (Ibu bayi tersebut), dia dimaklumkan oleh pihak polis bahawa suami pengasuh yang berusia 36 tahun itu menjaga sepenuhnya anak perempuannya sejak Zara dihantar di bawah jagaan isteri lelaki berkenaan, berusia 28 tahun.

"Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat pekerjaan di sebuah kilang di Bangi, Selangor. Saya mengenali pengasuh di media sosial iaitu "Facebook" selepas beliau menghubungi saya dan menawarkan diri melalui WhatsApp berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani yang berusia 5 tahun dan Zara dengan bayaran caj RM 550.00 bagi setiap orang dari jam 0700 pagi sehingga 0700 petang.

"Seminggu sebelum saya menghantar anak kepada pengasuh tersebut, saya ada berjumpa dengan pengasuh di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

http://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Ketika itu, dia memaklumkan akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangkan dia sendiri mempunyai anak lelaki yang berusia satu tahun dan lapan bulan, namun lain pula jadinya," katanya ketika dihubungi.

Noraihan berkata, dia menyedari terdapat kesan lebam pada lengan, paha dan juga dari Zara.

"Pengasuh memberitahu kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Malah, bibir dan juga gusi Zara mula membengkak menyebabkan Zara tidak mahu menyusu serta kerap menangis. Keadaan Zara menyebabkan kami tidak menghantar dia ke rumah pengasuh bagi tempoh beberapa hari selepas itu.

"Saya dan suami kemudian menghantar kedua-dua anak ke rumah kakak di Klang, namun Zara kerap menangis menyebabkan saya terpaksa menghantar semula ke rumah pengasuh tersebut.

"Sebelum kejadian iaitu kira-kira 0900 pagi, saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp kepada pengasuh tersebut untuk bertanyakan mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun Zara akan menangis apabila melihat suaminya.

"Saya tidak menyangka mendapat panggilan daripada doktor di Hospital Serdang, Selangor yang memaklumkan yang Zara sedang tenat. Saya dimaklumkan juga yang Zara dihantar ke hospital berkenaan oleh pengasuh dan suaminya selepas Zara dikatakan tercekik epal," katanya.

Katanya, ketika dirawat, doktor memaklumkan terdapat kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian berkenaan.

"Hasil bedah siasat juga mendapati terdapat tiga bahagian pada kepala Zara retak, tisu pada kemaluan dan dubur Zara koyak dipercayai akibat dirogol.

"Pihak polis memaklumkan sepanjang tempoh saya menghantar anak di bawah jagan pengasuh, Zara memang dijaga sepenuh masa oleh suaminya kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja," katanya.

Dia memaklumkan pernah berjumpa dengan suami pengasuh yang dilihat seperti individu normal yang lain, namun riak mukanya kelihatan garang.

"Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membayar wang upah menjaga anak saya di rumahnya pada 31 Oktober yang lalu. Jika diperhatikan pada luaran, dia kelihatan seperti individu lelaki yang lain," katanya.

Moraihan berkata, kematian anaknya menyebabkan dia merasa sakit hati dan tidak senang duduk setiap kali mengenangkan perbuatan durjana, kejam dan tidak berperikemanusiaan dilakukan terhadap anaknya Zara.

http://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Saya redha dengan pemergian Zara, namun perasaan sakit hati masih ada selagi pelakunya tidak menerima balasan setimpal atas perbuatan keji dan terkutuk itu.

"Selagi pelaku itu tidak ditahan, selagi itu hati saya masih tidak tenang. Saya mahu individu yang melakukan perkara tersebut diberikan hukuman atas perbuatan yang terkutuk dan keji yang dia lakukan ke atas anak saya," katanya yang memaklumkan Zara telahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Luboh Gong, Kelantan pada jam 0750 pagi yang lepas.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/selaput-dara-dan-dubur-bayi-koyak.html

    返信削除

Featured post

JAPAN HOSTING BALLOON FIESTA EVERY YEAR

   https://youtu.be/Jzp8QPxM4yg?si=-ONzMQ3W1Ib0EWHt >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<