Saturday, 13 June 2020

Tidak Perlu lagi Mohon Kebenaran Pergerakan Rentas Negeri Ke Sarawak - Ismail Sabri



Kenapa Tidak Perlu ?

RAKYAT MALAYSIA YANG BERASAL DARI SEMENANJUNG, SABAH DAN WILAYAH LABUAN ...
tidak lagi perlu untuk memohon kebenaran bagi pergerakan rentas negeri ke Negeri Sarawak.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka juga tidak perlu untuk menjalani ujian saringan COVID-19 (PCR) untuk berlepas ke negeri berkenaan seperti yang dimaklumkan sebelum ini. 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Bagi pergerakan merentas negeri Sarawak, tidak lagi perlu untuk memohon kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dan tidak perlu untuk mengambil sampel (Ujian PCR).

"Bagaimanapun, sampel PCR akan diambil secara rambang sebaik tiba di pintu masuk utama negeri sama ada melalui jalan darat, udara ataupun laut," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.




@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/tidak-perlu-lagi-mohon-kebenaran.html

    ReplyDelete

Featured post

Team JP Limbang Bergerak Turun Selepas Selesai Program Bersama Komuniti ...

  https://youtu.be/psGg8SsKqUU