Thursday, 25 June 2020

Viral "Cuti Penggal Persekolahan Disingkatkan"

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kementerian Pendidikan (KPM) telah meminda Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 berikutan terlampau lama sudah pelajar yang berada di rumah akibat tularnya wabak COVID-19 di seluruh dunia. 

Pindaan ke atas Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 ini sebagai membantu pihak sekolah untuk membuat perancangan pengajaran dan juga pembelajaran pelajar.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan pada Selasa 23 Jun 2020 berkata, pindaan takwim adalah melibatkan cuti pertengahan penggal kedua dan juga cuti akhir tahun persekolahan yang akan dikurangkan.

Pindaan melibatkan cuti pertengahan penggal dua yang disingkatkan itu adalah daripada 9 (sembilan) hari kepada 5 (lima) hari bagi seluruh sekolah di seluruh negara, katanya.

Cuti hujung tahun bagi sekolah-sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan juga Terengganu) telah dikurangkan daripada 42 hari kepada hanya 14 hari, manakala Kumpulan B (Melaka, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Sarawak, Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumput) telah dikurangkan kepada 13 hari daripada 41 hari jumlahnya.

"Oleh yang demikian, jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 ini nanti adalah melibatkan sebanyak 168 hari bagi seluruh sekolah," kata KPM.

Menurut KPM lagi, bilangan hari pembelajaran di rumah juga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah sebanyak 56 hari bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A, manakala Kumpulan B sebanyak 55 hari.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Bilangan hari pembelajaran di rumah ini hanya terpakai kepada pelajar Tingkatan Lima dan juga Tingkatan Enam sahaja sementara bagi pelajar lain ianya bergantung kepada bila mereka akan kembali ke sekolah kelak," katanya.

KPM turut berkata Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang telahpun dipinda boleh diperolehi dari lama sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu https://www.moe.gov.my/takwim/takwimpersekolahan-pindaan-2020.

KPM sebelum ini juga turut mengumumkan sekolah dibuka semula pada 24 Jun 2020 (Rabu) yang melibatkan pelajar Tingkatan Lima dan juga Tingkatan Enam yang akan menduduki peperiksaan awam iaiatu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan juga peperiksaan antarabangsa yang setara.


@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/viral-cuti-penggal-persekolahan.html

    ReplyDelete