2020年6月30日火曜日

VIRAL "ETNIT UIGHUR DIMANDULKAN DI CHINA SECARA PAKSA"



Etnik Uighur Dimandulkan Secara Paksa Di China

BEIJING:

Pihak berkuasa China didakwa memandulkan wanita Uighur secara paksa bagi mengurangkan jumlah Etnik Islam Uighur yang berada di barat wilayah Xinjiang.

Laporan penyelidik dari Jerman, Adrian Zenz, yang diterbitkan pada 29 Jun 2020 mendedahkan dasar kerajaan China yang mengurangkan wanita Islam Uighur di kem tahanan jika enggan menggugurkan kandungan sekiranya melebihi kuota anak yang ditetapkan akan dimandulkan secara paksa.

Laporan yang dikeluarkan berasaskan data rasmi kerajaan itu, dokumen dasar dan juga temu bual dengan wanita Islam Uighur itu mendorong sekumpulan Ahli Parlimen antarabangsa mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melancarkan siasatan dengan kadar segera.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Tindakan itu juga telah menimbulkan kemarahan China yang semalam menafikan kes penindasan kepada Etnik Islam Uighur dan menyifatkan dakwaan itu sebagai isu yang tidak berasas.

Kerajaan China juga dituduh memenjarakan lebih sejuta Etnik Islam Uighur dan minoriti Islam lain di "Kem Pendidikan Semula" atas alasan mahu memberikan latihan kemahiran, sekali gus menghindarkan mereka terpengaruh dengan kegiatan pengganas.

Laporan berasaskan data oleh Zenz, yang merangkumi dokumen awam di laman internet mengenai kem tahanan terbabit, pernah dirujuk oleh panel pakar PBB yang melakukan siasatan terhadap pusat tahanan terbabit.

Difahamkan juga, wanita Islam Uighur dipaksa menggunakan alat pencegah kehamilan walaupun belum memenuhi kuota dua anak yang dibenarkan bagi setiap keluarga di Negara China.

Selain itu juga, ada laporan yang mengatakan wanita terbabit turut dipaksa untuk menjalani pembedahan bagi tujuan memandulkan mereka.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bekas tahanan mendakwa meeka diberi suntikan yang menghentikan didatangi haid atau menyebabkan pendarahan luar biasa yang lazimnya adalah kesan sampingan ubat pencegahan kehamilan.

Menurut laporan Zenz lagi, wanita eknik minoriti di kawasan pedalaman kerap dipaksa oleh pegawai perubatan tempatan bagi menjalani pemeriksaan ginekologi dan ujian kehamilan dua kali sebulan.

Beliau mendapati jumlah penduduk di kawasan Xinjiang yang rata-rata dihuni Etnik Minoriti Islam itu, berkurangan berbanding kawasan yang majoriti penduduknya adalah Etinik Han dalam tempoh antara 2017 dan 2018.

Pada tahun berkenaan juga, datas rasmi menunjukkan kadar pemandulan di Wilayah Xinjiang meningkat jauh melebihi kada pemandulan bagi keseluruhan di Negara China.

Kata Zenz, China nampaknya menggunakan pencegahan kehamilan secara paksa sebagai alat mencapai agenda lebih besar iaitu penguasaan satu kaum.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Penemuan ini menimbulkan persoalan serius sama ada dasar Negara China di Xinjiang ini boleh dianggap sebagai kempen pembersihan etnik secara demografi mengikut tafsiran PBB.

Persekutuan Intra-Parlimen mengenai Negara China (IPAC) merangkumi sekumpulan Ahli Parlimen Amerika Utara, Australia dan Eropah semalam berkata ia akan mendesak penyiasatan dilancarkan terhadap Kerajaan China.

IPAC yang ditubuhkan baru-baru ini khusus bagi menghadapi 'cabaran berikutan tingkah laku semasa dan cita-cita jangka panjang Kerajaan China'.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Kerajaan China menyifatkan tuduhan itu berbau sebagai tidak berasas dan mempunyai motif terlindung.

Zhao Lijian iaitu jurucakap menempelak media kerana menyiarkan laporan palsu berkenaan Xinjiang.

Kumpulan Hak Asasi "World Uyghur Congress" turut melaporkan dan membuktikan wujud elemen pembersihan etnik dalam dasar Parti Komunis China dan juga turut menggesa tindakan antarabangsa harus di ambil terhadap Kerajaan China. - Berita DiPetik Dari AFP



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/viral-etnit-uighur-dimandulkan-di-china.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<