2020年7月29日水曜日

VIRAL " Peserta Perhimpunan Kes Najib Dikenalpasti "

POLIS GUNA RAKAMAN VIDEO KESAN PESERTA PERHIMPUNAN KES NAJIB

KUALA LUMPUR : Polis sedang mengesan mereka yang berhimpun di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semasa keputusan perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertarikh 28 Julai 2020 (Selasa) menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata ketika ini pihaknya sedang meneliti kesalahan berhimpun itu mengikut Akta Perhimpunan Aman dan Akta Pencegahan dan Penyakit Berjangkit 1988.

Tindakan mereka yang melanggari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan siri perbinangan antara Ketua Polis Daerah Sentul dan penganjur perhimpunan minggu lepas.

Katanya lagi, antara perkara utama yang turut dibincangkan adalah pematuhan SOP iaitu kewajipan menjaga jarak ( 1 meter ) khususnya sewaktu negara pada masa kini sedang mempergiatkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih dikuatkuasakan.

"Kita sampaikan kepada mereka apa yang perlu dilaksanakan dan saya percaya masyarakat sendiri sepatutnya harus sedar mengenai wabak COVID-19 yang masih menular di dalam negara kita. Kami benar mereka untuk datang tetapi perlulah menjaga diri masing-masing.

"Tetapi berlaku sebaliknya kelmarin, dan apa yang dinyatakan dan dijanjikan oleh penganjur dalam sesi pertemuan itu tidak berlaku," katanya kepada pemberita selepas perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, pagi tadi.

Turut hadir adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Justeru itu, Mazlan turut berkata, penganjur perhimpunan harus bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi dan mereka akan dipanggil bagi membantu siasatan kerana mengingkari arahan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa.

"Kita hanya menjangkakan seramai 800 hingg 900 orang sahaja yang akan hadir tetapi pada 28 Julai 2020 (Selasa) kehadiran perhimpunan yang agak ramai, " katanya.

Ditanya mengapa tindakan tidak dilakukan dengan segera oleh pihak polis ketika penyokong berada di Kompleks Mahkamah kelmarin, Mazlan menjelaskan, polis tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana nasihat serta amaran sudah diberikan dan juga penganjur sudah sebulat suara berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku.

"Nasihat sudah dilakukan dan amaran juga sudah diberikan kepada mereka dan juga penganjur...pun begitu mungkin kerana mereka semua ghairah maka perkara ini berlaku juga maka akibatnya, arahan yang diberikan tidak diendahkan.

"Kenapa mahu undang masalah, kerajaan juga sudah berkali-kali memberi amaran dan juga nasihat. 

Tambah Mazlan lagi, laporan polis sudah dibuat oleh orang awam dan siasatan berhubung perkara sedemikian sudah juga dijalankan. Tunggu mereka akan disabitkan kesalahan tidak lama lagi dan mereka tidak akan terlepas.

Perhimpunan bagi menyokong Najib kelmarin mengejutkan rakyat Malaysia yang bimbang akan berlakunya kluster baru penularan COVID-19 dalam kalangan mereka yang hadir berikutan tiada kepatuhan kepada SOP yang ditetapkan, selain ribuan yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang rata-rata berharap Najib Menang  tetapi berlaku sebaliknya.


@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-peserta-perhimpunan-kes-najib.html

    返信削除

Featured post

Graduates Party and Welcoming To New Students Fall Semester Japan University

   https://youtu.be/c9rcx2oBusc?si=iXIuZO30tn3SOD7o >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<