2020年7月22日水曜日

Viral " Youtuber Terkenal Malaysia Hampir Dibunuh Suaminya "


KECOH !!!

Kecoh di media sosial apabila seorang lelaki yang merupakan suami kepada pemilik akaun Youtube terkenal dengan resipi masakannya dikatakan telah ditahan kerana cubaan membunuh isterinya kelmarin.

Pihak polis juga telah mengesahkan lelaki tersebut sedang ditahan reman tiga hari bermula hari ini dan kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Hakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Suami Youtube itu yang berusia 29 tahun dikhabarkan telah bertengkar di kawasan tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh. Tindakan ganas yang dilakukan oleh suami Youtuber itu dipercayai berpunca selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima anugerah dan dinobatkan baru - baru ini.

Pertelingkahan yang berlaku di hospital Ipoh berpanjangan sehingga lelaki tersebut cubaan menyerang adik isterinya.

"Ketika kejadian, suami Youtuber dipercayai dalam keadaan mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. 

Kemudiannya, seorang pengawal keselamatan menerima laporan bahawa seorang lelaki india dalam keadaan mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.

Saksi yang sama menjelaskan bahawa suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh iaitu Asisten Komisioner, A. Asmadi Abdul Aziz telah mengesahkan kejadian itu.


@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-youtuber-terkenal-malaysia-hampir.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...