2020年8月14日金曜日

VIRAL " KLUSTER SIVAGANGGA SEMAKIN BERLELUASA "

 

KLUSTER SIVAGANGGA " KLUSTER SUPER SPREADER " - KEDAH

Berikutan dengan kepantasan penularan dari kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Sivagangga merebak dan tular, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah mengkaji kemungkinan negara sedang berdepan Kluster Genome 614 (G614) iaitu ' Kluster Super Spreader '.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan Kluster PUI Sivagangga yang telah merebak dengan begitu pantas sejak ia mula dikesan berbanding sembila (9) Kluster lain yang berada di Negeri Sarawak. 


"Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang berdepan Kluster Genome 614 (G614) iaitu Kluster 'Super Spreader' yang dimaklumkan KKM dari Mesir dan Negara Pakistan."


" Besar kemungkinan ini mungkin satu Kluster "Super Spreader" tetapi kita perlu untuk menjalankan kajian teliti. Kita akan kulturkan virus itu di makmal dan juga lihat kepada jujukan genom virus yang menjangkiti Kluster PUI Sivagangga. "


Apa yang lebih merisaukan kluster ini berpunca daripada seorang pemastautin tetap (PR) yang juga pemilik sebuah restoran nasi kandar di Pekan Napoh, Jitra yang baru pulang ke Malaysia dari kampungnya di Sivagangga, India pada 13 Julai 2020 dan saringan COVID-19 yang dilakukan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif -  dan beliau ingkar patuh kepada arahan untuk kuarantin 14 hari di rumah seperti mereka lain yang baru balik dari luar negara.


Atas kedegilan beliau telah menyebabkan penularan jangkitan wabak COVID-19 di Negeri Kedah. 

Kerajaan seharusnya membatalkan PR beliau dan disarankan agar jangan sesekali meringankan prosedur permohonan kerakyatan serta kemudahan kepada 'Orang Luar' seumpama yang akhirnya menyusahkan rakyat negara ini.


Beliau jelas ingkar dan tidak mahu menuruti arahan undang - undang negara kita yang memberikan peluang untuk beliau mencari rezeki sehingga terbukanya sebuah restoran nasi kandar.

Kerajaan patut bertegas dan kini jelas ramai warga asing yang berada di negara kita yang senantiasa memburukkan lagi keadaan serta menyusahkan kerajaan termasuk kali ini satu negara telah terpalit masalah akibat keengkaran beliau mematuhi undang - undang.

Netizen turut menyarankan agar kerajaan mengenakan denda dan hukuman sewajarnya kepada pengakibat Kluster Sivagangga yang telah menyebabkan ramai yang dijangkiti wabak COVID-19.

Masalah yang nampak hari ini, disebabkan kerajaan senantiasa beri muka dan juga terlampau manjakan warga asing, maka mereka sewenang-wenangnya menundukkan kerajaan yang segelintirnya disogokkan mata wang ringgit, maka hilanglah integriti dalam diri masing-masing.


@ Jackie San




1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-kluster-sivagangga-semakin.html

    返信削除

Featured post

ISHIBASHI PARK BRIDGE, KAGOSHIMA JAPAN

  https://youtu.be/tXGdwVR54qY?si=qS6AKMzYeHJHC4PI >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<