2020年8月7日金曜日

VIRAL " Lim Guan Eng Minta 10 Peratus Kos Bila Terowong "

GUAN ENG MINTA RASUAH 10 PERATUS 


KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Kewangan Negara, Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Seksyen hari ini berhubung tuduhan meminta 10 peratus rasuah dari nilai kos yang membabitkan projek terowong dasar laut Negeri Pulau Pinang.


Guan Eng, 59 Tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan semula sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi, iaitu kira - kira jam 0949 minit pagi.


Terdahulu, Setiausaha Agung DAP itu, hadir ke Mahkamah ditemani oleh bapanya, Lim Kit Siang, dan didakwa meminta suapan (rasuah) sebanyak 10 peratus daripada keuntungan atau nilai kos yang akan diperolehi daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.


Suapan itu balasan sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad syarikat yang dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan juga Terowong di Pulau Pinang.


Guan Eng dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga denda lima (5) kali ganda nilai suapan rasuah ataupun RM 10,000.00 nilai atau mana - mana nilai yang lebih tinggi.


Terdahulu, Timbalan Pendawa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, menawarkan jaminan sebanyak RM 2 Juta dengan dua penjamin terhadap tertuduh, beserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan tidak menganggu saksi pendakwaan dalam kes tersebut.


"Jika terdapat usaha menganggu saksi, maka pendakwaan memohon jaminan dibatalkan terhadap tertuduh.


"Dalam kes ini mahkamah perlu mengambil kira status tertuduh di dalam masyarakat, " katanya.


Wan Shaharuddin, turut berhujah bahawa mengikut pertuduhan, Guan Eng sebagai Ketua Menteri sudah melanggari kepercayaan penduduk Negeri Pulau Pinang yang diberikan kepadanya.


"Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Butterworth pada Isnin ini 10 Ogos 2020. Sehubungan itu, sekiranya ikat jamin tinggi diberikan hari ini, pihak pendakwaan tidak akan meminta lagi jaminan di Butterworth dan akan mengguna pakai jumlah jaminan di mahkamah hari ini," katanya.


Pihak pendakwaan turut memohon perintah daripada mahkamah supaya tertuduh tidak mengeluarkan sebarang kenyataan subjudis membabitkan kes itu.


Bagaimanapun, Guan Eng dalam rayuannya menerusi Peguam Gobind Singh Deo, membantah jaminan RM 2 Juta yang ditawarkan oleh pendakwaan dengan alasan sudah memberikan jaminan dan memberikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan, walaupun diminta hadir oleh SPRM pada jam 10 malam.


"Pembelaan memohon jaminan berjumlah RM 500,000.00 diberikan tapan sebarang syarat tambahan, memandangkan jumlah ikat jamin adalah sangat besar selain tertuduh tidak berisiko melarikan diri memandangkan beliau adalah Ahli Parlimen Bagan dan perlu menjalankan tanggungjawabnya kepada penduduk kawasan itu.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 1 Juta dengan dua penjamin, pasport antarabangsa dan diplomatik diserahkan kepada mahkamah.


Mahkamah turut membenarkan permohonan pendakwaan supaya tertuduh tidak membuat sebarang komen subjudis membabitkan kes itu dan menetapkan 09 September 2020 ini untuk sebutan kes semula.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-lim-guan-eng-minta-10-peratus-kos.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<