2020年8月9日日曜日

VIRAL " Tun M Yakin Menang Besar "


Parti Baharu Tun Mahathir Tidak Terikat Dengan Mana - Mana Parti


Kuala Lumpur : Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan parti baharu yang belum diberikan nama secara rasminya, namun ia tidak terikat atau menyebelahi mana-mana parti.


Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, keputusan sedemikian bagi menubuhkan parti baharu itu dibuat berdasarkan analisa penuh ke atas hilangnya kepercayaan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia ketika ini selain keahliannya bersama lima (5) lagi pemimpinnya terhenti berdasarkan perlembagaan parti itu.


Dr Mahathir turut berkata, parti baharu ini akan mendukung dasar BERSATU dahulu selain akan bertanding sebagai blok parti bebas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak lama lagi.


"Kita akan umumkan (nama parti) dalam masa tidak lama lagi. Kita berharap ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) akan bersetuju bagi penubuhan parti baharu ini nanti.


"Oleh kerana kita sekarang ini menghadapi masalah tidak dapat bergerak dalam parti, melainkan bebas, tetapi kita ingin menubuhkan parti baharu untuk menggantikan parti lama (BERSATU).


"Sebab penubuhan ini adalah kerana UMNO, PAS dan juga BERSATU sudah lari dari perjuangan asal berkenaan politik bagi orang Melayu, " katanya pada sidang media di Bangunan Yayasan Al-Bukhary, hari ini.


Dr Mahathir turut berkata, Ahli Parlimen Jerlun yang juga anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai Presiden parti baharu berkenaan.


Difahamkan juga pada majlis berkenaan, ramai ahli dan pemimpin BERSATU akar umbi yang turut mengumumkan keluar parti dan akan menyertai parti baharu dinaungi Dr Mahathir.


Dr Mahathir dan beberapa yang lain pada 09 Jun lalu mengemukakan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin, tiga (3) pemimpin BERSATU dan ROS bagi mencabar keputusan pemecatan mereka dari jawatan masing-masing dalam parti berkenaan.


Pemimpin yang lain termasuk Mukhriz, bekas Ketua Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dan Bekas Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya.




@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-tun-m-yakin-menang-besar.html

    返信削除
  2. Am Laura Mildred by name, i was diagnosed with Herpes 4 years ago i lived in pain with the knowledge that i wasn't going to ever be well again i contacted so many herbal doctors on this issue and wasted a large sum of money but my condition never got better i was determined to get my life back so one day i saw Mr. Morrison Hansen post on how Dr. Emu saved him from Herpes with herbal medicine i contacted Dr. Emu on his Email: Emutemple@gmail.com we spoke on the issue i told him all that i went through and he told me not to worry that everything will be fine again so he prepared the medicine and send it to me and told me how to use it, after 14 days of usage I went to see the doctor for test,then the result was negative, am the happiest woman on earth now thanks to Dr. Emu God bless you. Email him at: Emutemple@gmail.com Whats-app or Call him +2347012841542 

    返信削除

Featured post

95,000 JAPANESE AGED OVER 100; MOST OF THEM WOMEN - TOKYO JAPAN

95,000 JAPANESE AGED OVER 100; MOST OF THEM WOMEN - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO The number of people in Japan aged 100 or older...