Saturday, 12 September 2020

VIRAL " 26 September 2020 PRN Sabah "




KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan tarikh 26 September 2020 (Sabtu) adalah sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata hari penamaan calon yang telah ditetapkan pada hari ini 12 September 2020 (Sabtu), manakala hari mengundi awal ditetapkan pada 22 September 2020 (Selasa).


Beliau turut berkata, tempoh berkempen yang ditetapkan adlaah selama 14 hari iaitu bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 2359 malam 25 September 2020 (Jumaat) ini.


" Bagi urusan permohonan undi pos dari luar negara dan juga dalam negara, tarikh untuk membuka bermula hari ini dan juga tarikh tutup dalam negara iaitu telah ditetapkan pada 11 September 2020 (Jumaat) manakala tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada 03 September 2020 (Khamis)," katanya pada sidang media di sini hari ini.


Azmi turut memaklumkan, sebanyak 64 pusat penamaan calon dan juga pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan manakala 741 pusat mengundi membabitkan 2,540 tempat pengudian (saluran) dan 56 buah pusat pengundian awal yang membabitkan seramai 30,540 orang petugas yang akan dan sudah dilantik bagi pengendalian proses pilihan raya berkenaan.


Katanya, waktu mengundi akan bermula pada jam 0730 pagi sehingga pada jam 1700 petang di samping memberi penekanan mengenai kebersihan tangan di kalangan pengundi bagi mempercepatkan proses mengundi kelak.


Beliau turut memaklumkan bahawa dianggarkan sebanyak RM 186 Juta diperuntukkan bagi pelaksanaan PRN Sabah ini.


Azmi juga menjelaskan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19, pihaknya akan menghantar kad pengundi bagi memudahkan pengundi mengetahui maklumat pengundian di samping membantu pematuhan SOP seperti dalam penjarakkan fizikal di pusat-pusat pengundian nanti.


"Kita gunakan pengalaman yang anda dalam mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini dan DUN Slim dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika Pandemik COVID-19 melanda seluruh negara. Pengalaman kita di DUN Chini mendapati bahawa walaupun dilakukan dengan SOP, kita masih dapat menjalankan PRK dengan sempurna.



@ Jackie San



1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/09/viral-26-september-2020-prn-sabah.html

    ReplyDelete