2020年9月10日木曜日

VIRAL " Hampir 4.5 Juta Belia 18 Tahun Belum Mendaftar Sebagai Pengundi Adalah Palsu "i

 




PUTRAJAYA : Tular di Media Sosial berkaitan seramai lebih 4.5 Juta Belia negara yang layak untuk mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih negara.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia dalam sidang kenyataan berkata, mesej yang tular didapati palsu dan memetik kenyataan Pengerusi suruhanjaya itu adalah tidak berasas kerana golongan yang dalam golongan 18 tahun berkenaan masih belum dibenarkan untuk berbuat demikian. 


Menurut kenyataannya lagi, pihaknya turut mendapati usaha giat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk cuba mengelirukan orang ramai berhubung perkara tersebut.


Pada masa ini, katanya, SPR dalam rangka persiapan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi yang berumur 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik berdasarkan kepada pindaan Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan yang telahpun diluluskan di peringkat Parlimen.


" Persiapan tersebut termasuklah untuk penyediaan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan juga undang-undang lain yang berkaitan penyediaan prosedur operasi standard (SOP).


" Selain itu, penyediaan berkaitan sistem dan juga infrastruktur bagi pelaksanaan umur yang berkelayakan untuk pengundi yang berumur 18 tahun dan juga pendaftara pemilih secara automatik yang dijangkakan pelaksanaan selewat-lewatnya mulai julai tahun 2021 nanti."


Sehubungan itu juga, beliau meminta orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dan juga serta merta bertindak menularkan mesej-mesej berupa palsu tersebut termasuk perkongsian di media-media sosial kerana ianya boleh menimbulkan kekeliruan kepada rakyat kita.


Tambah beliau lagi, tindakan menularkan serta penyebaran maklumat palsu dan berunsurkan perkauman boleh menyebabkan ketenteraman awam tergugat, perpecahan dan tindakan perundangan boleh diambil ke atas mereka yang menyebar serta terlibat.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/09/viral-hampir-45-juta-belia-18-tahun.html

    返信削除

Featured post

FAT-BURNING PROTEINS FROM JAPAN RESEARCHERS

FAT-BURNING PROTEINS FROM JAPAN RESEARCHERS @Jr_Paku Midin Channel KOBE A Japanese research team has found protein variants that increase du...