Friday, 18 September 2020

VIRAL " PM Malaysian Is Darling Of People "



TAMPARULI : Parti Bersatu Sabah (PBS) terpikat dengan pendekatan kepimpinan PM Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin yang amat prihatin dan senantiasa menjaga kebajikan Rakyat Malaysia.


Setiausaha Agungnya, Datuk Jahid Jahim berkata, dalam suasana negara yang kini sedang bergelut menanggani pandemic wabak COVID-19 ini, tidak ada pihak terlepas daripada perhatian PM Muhyiddin dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk membantu setiap lapisan masyarakat.


"Muhyiddin adalah 'Darling Of The People' (Orang Kesayangan Rakyat Malaysia).


"Sebab itu, kita tidak merasa ragu-ragu untuk memberikan sokongan penuh kepada beliau apatah lagi dengan wujudnya portfolio baharu dalam Kabinet demi menjaga hal ehwal Negeri Sabah dan juga Negeri Sarawak terutamanya yang membabitkan Perjanjian Malaysia (MA63)," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.


Jahid, yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai pengumuman Muhyiddin semalam yang mengatakan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS di Negeri Sabah kini sudah dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah.


Pengumuman itu dibuat oleh PM sendiri, selaku pengerusi PN, dalam ucapannya semasa bertemu calon PN bagi kerusi DUN Sulaman, yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor di Pejabat Perhubungan Bersatu di Tuaran kelmarin.


Jahid, selaku penyandang kerusi DUN Tamparuli berkata gabungan itu memperlihatkan kesamaan dalam parti dalam erti kata lain setaf dalam semua jua perkara.


Kelmarin, PM Muhyiddin meluangkan masa hampir sejam di Pekan Tuaran untuk bertemu dan beramah mesra dengan peniaga di Pasar Ikan dan juga Pasar Am di Pekan itu.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini nanti, Jahid menghadapi pertandingan Empat Penjuru yang membabitkan calon Parti Cinta Sabah (PCS) Denis George Kian Fah, Datuk Alijus @ Mohd Ali Sipil (PKR) dan calon Parti Liberal Demokratik (LDP) Dr Raymond Alfred @ Jenry.



@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/09/viral-pm-malaysian-is-darling-of-people.html

    ReplyDelete

Featured post

Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Rh Aling Thaddeus Pulau Brunei, Daer...

  https://youtu.be/cRX8JpTL0X0