2020年9月24日木曜日

VIRAL " Rakyat Sabah Disekat Masuk Ke Sarawak Akibat Pengisytiharan Zon Merah "



KUCHING :Sarawak memperketatkan kemasukan rakyat Malaysia dan warga asing terutamanya yang dari Negeri Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan ke negeri ini berikutan Negeri Sabah telah diisytiharkan sebagai Zon Merah yang mana disebabkan peningkatkan kes positif COVID-19 tertinggi dalam negara setiap hari.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, keputusan ini dibuat berkuatkuasa esok iaitu 25 September 2020 (Jumaat) hasil daripada mesyuarat hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kebanyakkan kes positif Wabak COVID - 19 dilaporkan dari Negeri Sabah.


" Perjalanan melalui Negeri Sabah atau pun melalui Wilayah Persekutuan Labuan ke Negeri Bumi Kenyalang bagi semua rakyat Bumi Kenyalang dan juga pemegang Pas Pemastautin Tetap (PR) Sarawak ataupun Pemegang Pas Visa Sarawak perlu memohon kebenaran masuk ke Sarawak dengan kaedah mengisi secara atas talian (e-permohonan) aplikasi EnterSarawak sebelum masuk ke Bumi Kenyalang ini.


"Mereka akan dikenakan kuarantin di rumah mereka selama 14 hari dan akan diberi gelang tangan serta harus menjalani ujian calitan rT-PCR yang akan diambil pada hari kedua dan juga pada hari kesepuluh yang mana kos ujian tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.


Selain itu juga, JPBNS turut memutuskan semua rakyat Malaysia (Semenanjung/Sabah/Labuan) dan juga warga asing yang ingin memasukki Sarawak melalui Sabah dan juga Labuan perlu melakukan permohonan kebenaran masuk ke Negeri Sarawak terlebih dahulu.


Mereka boleh berbuat demikian dengan mengisi secara dalam talian aplikasi 'EnterSarawak' dengan melampirkan bersama keputusan ujian COVID-19 (rT-PCR) mereka (sah dalam tempoh 3 hari) sebelum mereka diluluskan untuk memasukki negeri ini.


"Mereka jua akan diberikan pas masuk selama 5 hari terhad di Negeri Sarawak. Mereka juga harus melampirkan tiket penerbangan perjalanan untuk pulang ke negeri asal," tambahnya.


Dalam pada itu juga, jawatankuasa tersebut turut menegaskan mereka yang tidak melampirkan keputusan ujian rT-PCR COVID-19 yang sah dalam tempoh 3 hari sebelum kemasukan tidak akan diberikan kelulusan untuk masuk ke Negeri Sarawak.


Bagi perjalanan yang berulang alik kerap dari Sabah atau Labuan ke Sarawak pula, JPBNS menjelaskan, bagi semua warganegara dan juga warga asing kategori ini termasuk perkhidmatan penting, mereka perlu memohon pas khas dari JPBNS Bahagian (Pejabat Residen).


"Mereka juga dikehendaki untuk diambil sampel COVID-19 setiap 14 hari.


"Hasil keputusan ujian rT-PCR COVID-19 mereka hanya sah selama 14 hari, jika mereka gagal melakukannya, pas khas tersebut akan dianggap tidak sah, " ujarnya.


Menurutnya lagi, bagi semua warganegara dan juga warga asing yang memasuki Sarawak perlu mengisytiharkan sekiranya mereka berada di Sabah ataupun labuan dalam tempoh 14 hari yang lepas.


Sekiranya membuat pengisytiharan palsu, mereka akan dikenakan tindakan di bawah 'State Protection of Public Health Ordinance 1999'.


Bagi yang transit melalui Negeri Sabah ataupun Wilayah Persekutuan Labuan ke Negeri Sarawak pula, JPBNS berkata, semua warganegara dan warga asing yang memasuki Sarawak melalui perjalanan transit di Sabah dan juga Labuan harus memohon kebenaran masuk ke Sarawak dengan mengisi secara dalam talian (e-permohonan) 'EnterSarawak'.


"Semua penerbangan yang hanya transit melalui Sabah dan Labua, selagi mereka tidak keluar dari Lapangan Terbang adalah dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa perlu melampirkan keputusan ujian rT-PCR COVID-19," katanya.


Pada masa yang sama, JPBNS turut memaklumkan Sarawak hari ini merekodkan sifar kes positif baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kekal sebanyak 703 kes.


Jelasnya lagi, pada hari ini juga seramai sembilan orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.


"Setakat hari ini juga, jumlah kluster yang amsih aktif kekal satu iaitu Kluster Alam yang berasal dari Bahagian Bintulu yang melibatkan seramai lapan (8) kes.


"Semua kes dalam kluster ini juga telah pulih dan telah dibenarkan discaj dari hospital," tambahnya.


Jawatankuasa itu juga turut memaklumkan tiada kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 681 orang atau pun 96.87 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.


Jelas JPBNS lagi, jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan juga diasingkan di hospital adlaah sramai tiga (3) orang iaitu masing-masing satu kes di wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, Hospital Umum Sarawak dan juga Hospital Bintulu.


"Tiada kes COVID-19 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari ini.


"Turut dimaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes yang dilaporkan berlaku di Sandakan, Sabah yang sedang menerima rawatan di Hospital Bintulu," ujarny.a


Selain itu, JPBNS memberitahu, tiada kes kematian baharu dilaporkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kematian adalah kekal seramai 19 orang atau 2.70 peratus.


Pada hari ini, seramai 44 orang di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin, menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 11 buah hotel di Negeri Sarawak seramai 661 orang.


Mengenai penguatkuasaan prosedur pengendalian standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), JPBNS berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan dua (2) kompaun iaitu di Miri dan juga di Kota Samarahan kerana tidak mematuhi SOP dan sebanyak 1,447 premis telah diperiksa seluruh Negeri Sarawak.


"Manakala pihak Kementerian Kerajaan Tempatan Sarawak telah mengeluarkan 121 amaran lisan, bertulis dan juga sitaan di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Bintulu (53), Dewan Bandaraya Kuching Utara (21), Majlis Daerah Marudi (19), Majlis Perbandaran Sibu (16), Majlis Daerah Meradong dan juga Julau (8), Majlis Bandaraya Miri (1) dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (3).



@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/09/viral-rakyat-sabah-disekat-masuk-ke.html

    返信削除

Featured post

Kagoshima City Aquarium And Sakurajima Ferry Terminal Kagoshima

  https://youtu.be/5oTOt19W8Cg?si=ZcQezugH_AcExNDl >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<