2020年9月28日月曜日

VIRAL " Sabah Dikenakan PKPDB Di 4 Daerah - COVID 19 "



Daerah Semporna, Tawau, Lahad Datu & Kunak Sabah dikenakan ' Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) bermula Tengah Malam 28 September 2020 sehingga ke tarikh 12 Oktober 2020.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan ini berkuatkuasa mulai 0001 tengah malam ini (28 September 2020) dan membabitkan seramai 962,661 penduduk di 4 daerah tersebut (Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Semporna).


Menteri Kanan turut memaklumkan, daripada jumlah tersebut, Lahad Datu telah merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna sebanyak 255 kes Positif COVID-19.


"Mengambil kira daripada jumlah kes COVID-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran ke kawasan-kawasan tersebut.


"Pelaksanaan PKPDB ini bertujuan untuk membendung penularan jangkitan wabak COVID-19 serta penularannya dalam daerah berkenaan serta mengelakkan dari membawa wabak ini ke luar daerah serta membolehkan aktiviti - aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan dalam tempoh 14 hari," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau turut memaklumkan, bukan sahaja penduduk dan juga pelawat tidak akan dibenarkan masuk ke empat (4) daerah ini sepanjang tempoh perintah dilaksanakan.


"Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan juga perkhidmatan (essentials) di empat (4) daerah terbabit.


"Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan turut dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup serta merta, " katanya.


Menurutnya lagi, bagi memastikan pematuhan perintah tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang telah diberi kausa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.


Katanya lagi, bagi pelaksanaan perintah itu, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.


Penduduk yang memerlukan bantuan ataupun mempunyai pertanyaan boleh lah menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Tawau, Kunak serta Semporna, Sabah.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/09/viral-sabah-dikenakan-pkpdb-di-4-daerah.html

    返信削除

Featured post

Graduation Day D3 M2 & B4

  https://youtu.be/R0W4A_5hx9g?si=tE8WQcpNoDAYTf3c >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<