2020年9月2日水曜日

VIRAL " TERKINI KLUSTER MV GLEN & TELAGA KEDAH "


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti dua (2) kluster baharu yang wujud bagi pandemic Wabak COVID-19 di negara ini iaitu Kluster MV Glen yang wujud di Negeri Selangor dan Kluster Telaga wujud di Negeri Kedah.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster MV Glen dikenalpasti wujud di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor.


"Kes indeks kluster itu yang membabitkan kes ke-9286 yang dilaporkan positif pada 25 Ogos 2020, beliau adalah seorang krew kapal dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk diberikan rawatan.


"Hasil dari saringan COVID-19 yang dijalankan dan sehingga hari ini, seramai lapan (8) individu sudah disaring dalam kluster ini.


" Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes didapati positif COVID-19 dan kes indeks bagi kluster ini adalah kes import yang membabitkan seorang bukan warganegara manakala kes kedua (2) adalah kes tempatan yang membabitkan warganegara Malaysia yang merupakan ejen yang dilantik oleh syarikat perkapalan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.


Dr Noor Hisham turut berkata, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan bagi kontak rapat masih dijalankan.


"Langkah pencegahan dan juga kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar sudah dijalankan di kapal tersebut. Punca jangkitannya masih dalam siasatan.


"Saringan kesihatan sign-on dan sign-off adalah penting bagi memastikan ianya adalah satu kaedah kawalan sempadan antarabangsa yang dijalankan bagi mengekang aliran kemasukan individu yang berpotensi dijangkiti wabak COVID-19 ke dalam negara, " katanya.


Menurutnya, kluster baharu kedua(2) yang dikesan adalah di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.


"Kes indeks ini adalah kontak rapat kepada kes indeks yang dikesan positif pada 24 Ogos 2020 yang lalu (kes ke-9284).


"Ia adalah kes tidak bergejala dan sudah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk diberikan rawatan.


"Kedua-dua kes ini adalah petugas kesihatan di hospital berkenaan namun tugasan tidak membabitkan jagaan kes yang disahkan positif COVID-19," katanya.


Menurutnya, sehingga hari ini seramai 374 individu sudah disaring membabitkan ahli keluarga, kakitangan hospital dan lain-lain.


"Daripada jumlah itu, dua (2) kes dikesan positif dan 372 individu adalah negatif.


"Sebagai langkah kawalan, lebih banyka saringan tertumpu di hospital akan dijalankan dan langkah pencegahan serta kawalan jangkitan seperti pembersihan dan juga proses nyah kuman turut dijalankan.


"Perkhidmatan Hospital Sultanah Bahiyah tidak terjejas dan tetap berjalan seperti biasa.


"Punca jangkitan masih dalam siasatan namun besar kemungkinan ia disyaki berpunca dalam kalangan komuniti," katanya.



@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/09/viral-terkini-kluster-mv-glen-telaga.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...