2020年10月15日木曜日

VIRAL " KEHIDUPAN SEHARIAN RAKYAT SABAH TERGUGAT ANGKARA COVID-19 "



RAKYAT SABAH BIMBANG KADAR KEMATIAN COVID-19 MENINGKAT SELEPAS PRN SABAH


KOTA KINABALU - Penduduk Negeri Sabah kini terlalu bimbang terhadap peningkatan kes secara mendadak akibat pandemik COVID-19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung sehingga 26 September lepas.


Hampir 14 hari selepas PRN Sabah telah jelas menampakkan hasil kadar peningkatan kes COVID-19 positif setiap hari disumbangkan kadar tertinggi dari Negeri tersebut.


Malah yang menyedihkan lagi, dalam tempoh 7 hari sehingga hari ini, Sabah telah menyumbangkan kes kematian setiap hari tertinggi Negara. Tidak mustahil ianya akan berterusan lagi dan lagi. Sehingga 15 Oktober 2020 (Khamis) Kes Kematian akibat Wabak Pandemik COVID-19 di negeri Di Bawah Bayu tertinggi iaitu lebih kurang 45 orang mati.


" Seorang penjawat awam turut mengakui dan amat bimbang dengan peningkatan jumlah kes positif setiap hari yang jelas berpunca daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di negeri Sabah dan memasuki sempadan negara secara haram," kata RIna Singkina, 37 tahun.


" Saya sebenarnya berasal dari Lahad Datu iaitu kawasan yang kini dikaitkan dengan kluster ini dan saya merasakan tahap keselamatan keluarga saya di sana selepas PRN Sabah ini ".


" Sudah pasti saya dan suami agak risau malah bimbang untuk turun membeli keperluan kehidupan yang mana kini lokasi kita telah diperketatkan pergerakannya. "


" Memang jelas di mata hasil daripada PRN Sabah yang lepas penyumbang utama kadar kenaikkan dan peningkatan kes COVID-19 di Negeri Sabah malah seluruh Negara telah mengenali Sabah penyumbang kes tertinggi dan kadar kematian tertinggi sekarang sehingga hari ini. "


Sementara itu juga, seorang lagi penduduk berasal dari daerah yang sama iaitu Aman Thomas, 36 tahun turut mengakui kluster Lahad Datu di antara penyumbang kadar kes kematian tertinggi kala ini.


" Meskipun kes ini dalam pengawasan pihak berkuasa namun orang ramai perlu mengambil berat berkaitan SOP dan juga demi mengelakkan dari berada di kawasan tumpuan jika tiada keperluan ".


Jelas bahawa kegagalan untuk mematuhi SOP COVID-19 bagi menyekar penularan kes sebagai faktor utama kejayaan positif COVID-19 merebak di dalam negara terutamanya lokasi berbahaya dan berisiko sehingga hari ini iaitu Negeri Sabah.


Sabah sehingga kini dilihat dan dilaporkan negeri penyumbang utama dan analisa terburuk pertambahan jumlah kes dan kematian selepas kewujudan beberapa kluster baharu seperti Kluster Benteng LD apabila ia bermula daripada tujuh (7) kes positif COVID-19 yang dikesan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah awal bulan ini.


Selain itu juga, anggota KKM berada di tahap paling kritikal di mana kesukaran untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikutan jumlah anggota yang terhad, kemudahan serta kadar peningkatan jumlah pesakit semakin meningkat.


Semoga Tuhan memberkati usaha murni dan sumbangan mereka #Frontliner #KKM #Terbaik.



@ Jackie San





1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/10/viral-kehidupan-seharian-rakyat-sabah.html

    返信削除

Featured post

JAPAN FESTIVAL'S AND YOU MUST KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN

JAPAN FESTIVAL'S AND THINGS TO KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN @Jackie San Japan's festivals are important to its culture and history....